Sunday 29 January 2012

BR1M DITOLAK, ALDI TIDAK AKAN MERAYU

Oleh: THAMPAREQ KITOES

SETELAH permohonan beliau untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 ditolak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Aldiyantoe Abdullah @ Andol bin Satimbal, 53, tidak akan memfailkan rayuan.

Menurut Aldi, memandangkan LHDN telah mengembalikan borang yang lengkap diisinya berserta dengan salinan kad pengenalannya dengan memberi alasan bahawa beliau tidak layak disebabkan tidak mempunyai tanggungan kerana berstatus duda.

“Selepas sahaja permohonan saya ditolak, kekecewaan, sedih dan malu terasa sangat pada diri saya seolah-olah saya dianak tirikan, sedangkan banyak lagi duda yang lain sama status dengan saya tetapi permohonan mereka diterima. Demi maruah bangsa Murut, saya tidak akan memfailkan rayuan,” kata Aldi yang menyifatkan Kerajaan 1Malaysia mendiskriminasi duda malang seperti beliau.

Tegasnya, walau pun beberapa desakan daripada mana mana pihak termasuk Pemaju Mukim Kalang supaya membuat rayuan sekali lagi, namun beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan merayu kerana menganggap insiden itu satu tragedi yang memalukan dirinya dan juga bangsa Murut.

“Saya tidak menyalahkan wakil rakyat atau pejabat daerah tetapi pengurusan LHDN yang mengendalikan tugas itu terlalu merumitkan syarat-syarat dalam borang BR1M, (Jadi)..banyaklah kekeliruan berlaku, mungkin mereka tidak perlukan undi saya. Tidak mengapalah,” tegasnya.

Aldimerupakan anak watan dari suku kaum Murut di sini kini sebatang kara selepas bercerai dengan isterinya yang berasal dari Beaufort kerana tidak dikurniakan anak. Aldi kembali Kg Makapauh, Tenom untuk mengusahakan tanaman kontan seperti sayur sayuran, ubi, pisang dan sedikit ternakan untuk menjana penghidupan sehariannya.

Ketika ditanya sama ada beliau telah memohon bantuan e-kasih Aldi memberitahu beliau sudah memohon, malah nama sudah tersenarai dalam komputer tetapi sampai sekarang belum ada satu senpun dikreditkan ke dalam buku akaunnya.

1 comment: