Saturday 24 December 2011

TELEFON BIMBIT CINA BANJIRI KENINGAU

Saudara Pengarang,

NAMA saya Kenny Chong. Saya sudah lama menjalankan perniagaan jual beli aksesori dan telefon bimbit terpakai atau baru; kesemuanya diluluskan pihak berkuasa tempatan, Kastam dan KPDNKK.

Namun agak aneh kerana saya terpaksa bersaing dengan peniaga yang menjual barangan tiruan yang dibawa masuk secara haram seperti telefon bimbit yang tidak mempunyai sijil SIRIM dan tidak membayar cukai.

Sebagai pembayar cukai dan sentiasa mematuhi undang-undang, saya merasa amat kecewa dengan kakitangan kerajaan yang gagal menjalankan tugas, terutama Pegawai Kastam dan KPDNKK sehingga menyuburkan kegiatan haram syarikat FIX MOBILE dan PINK COM yang secara bebas menjual barangan Cina terutama di kawasan Servay Jaya Keningau.

Masalah ini telah menyebabkan keuntungan perniagaan saya telah menurun secara mendadak sehingga 95%. Saya benar-benar tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku kerana ‘peniaga haram’ berjaya menjinakkan Kastam dan KPDNKK sehingga mereka mengaut keuntungan yang lumayan.

Sekiranya perkara ini berterusan atau pun tidak dapat di atasi, rakyat pasti akan menganggap Kastam dan KPDNKK tidak pernah jujur menjalankan tugas. Pendek kata, menerima rasuah sudah menjadi sebagai daripada tugas mereka daripada menegakkan undang-undang.

Salam Hormat,

KENNY CHONG

No comments:

Post a Comment