Friday 23 December 2011

SRS MEKANISME TERKINI CEGAH JENAYAH



Oleh : SHAIMON S JUMADI

DEMI kesejahteraan penduduk setempat, masyarakat perlu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap kewujudan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beberapa kawasan perumahan dan kampung yang diusahakan atas inisistif pihak Rukun Tetangga (RT).

Sejak SRS ditubuhkan usaha bagi membanteras gejala tidak sihat seperti masalah-masalah jenayah, sedikit sebanyak telah dapat dikurangkan kerana badan berkenaan menjalankan operasi secara bersepadu yang melibatkan polis dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi, Azman Jambo (gambar) berkata demikian ketika menyempurnakan, Mesyuarat Pembubaran dan Perlantikan Baru Ahli Jawatankuasa KRT Taman Mesra Zon II di Sandakan, baru-baru ini.

Azman yang mewakili Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Datuk Akhbar Khan selanjutnya menjelaskan SRS perlu diperluaskan disetiap KRT di daerah ini memandangkan fungsinya mampu memberikan kesejahteraan hidup dan keselamatan penduduk-penduduk di peringkat taman-taman perumahan dan juga kampung-kampung.

“Saya yakin dan percaya apabila SRS diperluaskan tentu sekali akan dapat mencapai matlamat pihak kerajaan yang sentiasa berusaha bagi membanteras gejala yang tidak sihat,” tegasnya.

Apa yang difahamkan, Kata Azman, kawasan perumahan dan kampung yang mempunnya SRS menunjukkan pengurangan dari segi kadar jenayah dan ini adalah petanda baik dan kewujudannya memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat.

Turut Hadir ialah Pegawai Perpaduan daerah Sandakan Esther Din Nkawan dan Pengerusi KRT Taman Mesra Zon II Mohamed Buangkan.

No comments:

Post a Comment