Friday 23 December 2011

PEMUDA UMNO SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA GEREJA



SUMBANGAN …Jamawi ketika menyampaikan sumbangan Pemuda Umno Tenom kepada salah seorang Pengerusi Gereja pada majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

RAKYAT di negeri ini perlu berbangga dan menghargai konsep perkongsian hidup pelbagai kaum yang meliputi setiap aspek kehidupan mereka termasuk kebudayaan dan perayaan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar berkata, konsep itu yang menjadikan rakyat negara ini istimewa dan berbeza dengan masyarakat dunia lain.

“Tidak kurang dari tiga puluh suku kaum terdapat di negeri kita, ia sesuatu yang unik dengan amalan dan tradisi pelbagai kaum telah dibudayakan menjadi cara hidup kita,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Penyampaian sumbangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom kepada Pengakan merayakan sambutan Krismas kepada Pengerusi Gereja di daerah Tenom di Pejabat Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom kelmarin.

Sebanyak 98 buah gereja menerima sumbangan tersebut berupa barangan dan juga wang tunai.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, keharmonian yang dinikmati rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tidak mungkin dapat dicapai oleh negara lain

SEMANGAT …Jamawi (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Penerima selepas majlis tersebut.

“Di Malaysia khususnya di Sabah berkongsi pelbagai perayaan disertai dengan semangat kunjung mengunjungi merupakan budaya yang telah sekian lama wujud dan merupakan sesuatu yang amat dibanggakan dan wajar dipertahankan selaras dengan Gagasan 1 Malaysia,'' katanya.

Tambah Jamawi, keharmonian yang dinikmati rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak mungkin dapat dicapai oleh negara lain.

Pada masa Jamawi berkata, Malaysia tidak akan disanjung dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain jika pembangunan fizikalnya tidak seimbang dengan pembangunan budaya dan kerohanian kerana merupakan antara pendekatan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia.

Sehubungan dengan itu Jamawi berharap keamanan dan keharmonian yang sedang dinikmati oleh rakyat negara ini perlu dihargai dengan sebaik mungkin sebelum ia 'hilang' dan mendatangkan penyesalan kepada semua.

No comments:

Post a Comment