Tuesday 27 December 2011

MOHD AMIN DITUDUH TERIMA RASUAH



Oleh : CLARA CHOOI (TMI)

SUAMI kepada bekas seorang pegawai tertinggi Pelaburan Iskandar Berhad (IIB) hari ini didakwa atas kesalahan menerima sejumlah RM816,900 sebagai galakan untuk mendapatkan projek.

Mohd Amin Suhaimi, 52, dibicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga kesalahan menerima rasuah daripada syarikat pembinaan Detect Engineering Sdn Bhd bagi mendapatkan tender projek pembinaan sekolah di Pulai.

Projek yang dipercayai terletak di Lot PTD Mukim Pulai dianggarkan bernilai RM40.8 juta.

Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan didakwa di bawah seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

No comments:

Post a Comment