Friday 23 December 2011

MAYAT BAYI DITEMUI DI PANTAI SANDAKAN



MAYAT bayi lelaki yang baru lahir ditemui di pantai Kampung Sim-Sim, Sandakan, Sabah pada malam Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata bayi dipercayai berusia seminggu itu ditemui oleh orang awam berhampiran Jambatan 7, Rumah Murah di kampung itu.

Mayat itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk dibedah siasat.

Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi polis. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment