Tuesday 27 December 2011

KPDNKK TURUT MERIAHKAN CUTI KRISMAS?


Saudara Pengarang,

PERAYAAN Krismas baru-baru ini cukup meriah dan penuh dengan orang ramai dan waktu ini juga banyak orang terpedaya dengan sindiket menjual telefon bimbit tiruan dari China, kononnya Iphone S2 di sekitar pintu besar masuk Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah.

Saya mendapati sindiket ini bukan dilakukan orang tempatan dan memakai baju yang sama warna. Kelmarin mereka memakai baju putih dan hari ini tidak tahu pula. Adakah ini ‘Skill’ untuk mengelirukan orang ramai yang telah terpedaya oleh mereka. Pemakaian mereka berwarna sama dan mengguna beg gantung seperti AH LONG.

Saya berasa hairan dan kesal dengan keadaan sedemikian. Di manakah PENGUATKUASA terutama KPDNKK untuk menangkap mereka dan adakah orang ini memang ada kaitan dengan Pihak berkuasa yang sibuk memeriahkan Cuti Krismas?

Salam Hormat,

JP WARD

No comments:

Post a Comment