Thursday 29 December 2011

KEKAL MEWAH MULA PRIHATIN TERHADAP ADUAN



Oleh : CHANG SHAK HUNG

ADUAN daripada Peter Lin berhubung dengan longkang tersumbat di hadapan kilang pemprosesan beliau yang terletak di belakang premis Merdeka Daily News, Hock Seng Industrial Estate, Batu 3, Jalan Bomba, Sandakan telahpun diajukan kepada Jurutera Perunding dari Pembinaan Kekal Mewah, Mike Pang dan satu tinjauan telah dibuat ke lokasi berkenaan pada 28 Disember 2011, kira-kira jam 5 petang.

Melalui tinjauan yang dibuat pada hari tersebut, aduan daripada Peter Lin memang berasas memandangkan longkang telah tersumbat dan aliran air longkang bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Bukan itu sahaja, Peter Lin memaklumkan kepada Sabahkini.net dan Mike Pang bahawa terdapat biawak yang bersembunyi di dalam longkang tersebut dan beliau terpaksa menutup laluan bagi menghalang biawak menyembunyikan di dalam longkang berkenaan.

Menurut Mike Pang, kerja-kerja pembersihan longkang akan dilakukan serta-merta memandangkan keadaan tersebut agak serius dan jejentik nyamuk telah mula kelihatan di dalam longkang.

Longkang tersumbat ini telah menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke dalam longkang memandangkan air longkang telah melimpah keluar akibat tidak dapat mengalir.

Peter Lin amat berterima kasih kepada Sabahkini.net kerana setelah menerima aduan tersebut telahpun diajukan kepada pihak yang berkenaan, yakni pihak kontraktor Pembinaan Kekal Mewah yang mengelolakan lokasi berkenaan. Penghargaan juga harus diberikan kepada Jurutera Perunding, Mike Pang kerana begitu prihatin tentang aduan dan permasalahan yang diterima beliau.

No comments:

Post a Comment