Wednesday 28 December 2011

BROADBAND DI KG TINANGOL, SEPERTI TANDAS AWAM!



Saudara Pengarang,

WALAUPUN Sabah sudah 48 tahun merdeka dan kerajaan berbelanja berbilion ringgit untuk menaiktaraf telekomunikasi jalur lebar, tetapi perkhidmatan internet broadband di Kampung Tinangol, Kudat seperti ‘Tandas Awam’ yang bukan sahaja berbau, tidak diselenggarakan, mahal dan tidak mempunyai air.

Untuk pengetahuan umum, saya pernah mengunakan beberapa perkhidmatan internet broadband dari syarikat telekomunikasi seperti DIGI, CELCOM dan MAXIS dan setiap kali saya membeli modem (perkhidmatan internet) dari syarikat tersebut saya akan berulangkali bertanya sama ada di kampung saya, Kampung Tinangol mempunyai liputan yang baik.

Jurujual pihak syarikat pasti akan memberikan jaminan bahawa di tempat saya ada liputan yang baik. Maka setiap kali saya membeli produk, maka setiap kali itu saya rasa ditipu kerana kualiti liputan amat teruk disebabkan capaian internet yang ‘Super-Lemah’ dan lambat.

Memang, kalau saya tidak berpuas hati, saya boleh boleh mengembalikan produk mereka dan mendapatkan kembali wang saya; tetapi ia tetap satu kerugian dan yang paling penting saya tetap rasa ditipu oleh syarikat penyedia talian internet (DIGI, CELCOM DAN MAXIS).

Sebagai pengguna yang rasa ditipu, saya berharap agar syarikat penyedia internet (DIGI, CELCOM DAN MAXIS) agar memperbaiki kualiti perkhidmatan khususnya di kawasan kampung Tinangol, Kudat agar pelanggan tidak berterusan ditipu oleh janji manis jurujual syarikat.

Salam Hormat,

ORANG TINANGOL

No comments:

Post a Comment