Tuesday 27 December 2011

85 % PELANGGAN PUB BAWAH UMUR

Saudara Pengarang,

SALAM 1Malaysia. Saya ingin memberitahu sedikit maklumat yang saya tahu iaitu sebuah Disco & Dang Dut paling popular di Lahad Datu yang terletak di Jalan Dam dipenuhi samseng yang gemar bergaduh dan remaja bawah umur.

Saya ingin Sabahkini.net membantu agar Polis d Lahad Datu lebih bekerja dengan jujur tanpa RASUAH kerana walaupun saya sudah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu ini, tetapi tiada sebarang tindakan diambil, malah ramai juga polis yang datang berhibur di premis ini.

Mengikut undang-undang, hanya orang dewasa iaitu 21 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan memasuki pub atau pusat hiburan, tetapi anehnya 85 % pelanggan premis ini di bawah umur.

Semoga Ketua Polis Daerah Lahad Datu dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Lahad Datu dapat memantau kegiatan yang tidak sihat ini.

Salam Hormat,

MAN ANTI DISCO

No comments:

Post a Comment