Monday 28 November 2011

MDLD ‘GEDUNG MAKSIAT’ YANG SUKA MAIN DALAM?


Saudara Pengarang,

SAYA ingin merujuk surat terbuka yang tersiar baru-baru ini di Sabahkini.net yang bertajuk ‘Buruh MDLD Berlagak Pegawai’. Saya harap saudara Pengarang dapat menyiarkan surat terbuka saya ini kerana saya adalah salah seorang mangsa dari segala mangsa penipuan dan pembohongan kakitangan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).

Sebagai Anak Jati Lahad Datu, saya tidak berniat untuk memburukkan nama baik MDLD dan sesiapa pun di MDLD. Cuma saya ingin melahirkan rasa sedih dan terkilan mengenai cara pengambilan pekerja di MDLD yang nampaknya tidak telus dan tidak adil, sebagaimana yang telah didedah dalam surat trebuka tersebut.

Saya meluangkan masa selama seminggu dengan meninjau-ninjau dan mendengar di khabar sahih di MDLD kerana sebelum ini saya dan seorang saudara saya pernah memohon kerja di MDLD; sebagai pekerja am.

Tetapi sekian lama menunggu, jawapan yang kami terima ialah ‘Belum Ada Kekosongan’. Rupa-rupanya baru-baru ini berduyun-duyun pekerja baru diambil. Alangkah kecewanya kami. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu kekosongan di MDLD itu tidak diiklankan, malah yang masuk berkerja pula bukannya cara yang betul tetapi ‘Main Atur Dari Dalam’ hingga melibatkan pihak kementerian berkenaan.

Maknanya bila kami diberi jawapan ‘Belum Ada Kekosongan’ pihak berkepentingan MDLD ini ‘Menipu Dan Berbohong’. Saudara saya yang satu ini sudah hampir tiga tahun menunggu panggilan. Kononnya setelah mengisi borang akan dipanggil untuk temuduga. Tetapi sampai sekarang, ‘Habuk Pun Tiada’.

Pekerja Am yang diambil baru-baru ini terdiri daripada anak, isteri, adik dan saudara mara kakitangan MDLD, tidak pun ditemuduga tetapi terus dapat masuk kerja. Malah ada kakitangan MDLD membayar kepada pihak tertentu untuk mendapatkan kerja untuk anaknya di MDLD. Tapi cakap pun tidak guna. Tidak ada bukti. Betul-betul keterlampauanlah MDLD ini.

Seperti yang ditulis oleh Pekerja Tertindas dulu memang benar berlaku di MDLD. Kalau dilihat yang berkerja di dalamnya terdiri daripada suami isteri, anak beranak, menantu, adik beradik hingga ke cucu cicit.

Yang saya dengar juga pengagehan tugas pun tidak adil. Pekerja baru ini terus dapat kerja yang bagus di MDLD. Jadi penguatkuasa dan jadi kerani. Pada hal jawatannya hanya sebagai pekerja Am Rendah. Sedangkan kalau diikut pekerja baru ini dihantar berkerja di luar sebagai tukang parit atau tukang sapu.

Mengapa ini berlaku? Mungkin kerana sudah diatur. Ibubapa dan mertua mereka mana mahu mereka dihantar berkerja di luar. Kalau dihantar juga, ”Matilah Kau Pegawai Eksekutif.”

Dalam hal ini pun, Pegawai Eksekutif dan Penolongnya tidak dapat buat apa apa-apa kerana bukan Pegawai Eksekutif dan Penolongnya yang memberi arahan. Sebaliknya mereka menerima arahan dari pegawai rendah mereka. Cukup memalukan.

Kalau bercakap pasal pekerja rendah berlagak pegawai di MDLD ini, apa yang saya dapati memang betul juga. Ada sesetengah pekerja itu kalau dilihat lagak dan gaya betul macam pegawai yang bergred tinggi. Padahal dia itu buruh pekerja rendah am. Kerja pun dalam pejabat duduk dalam aircond. Tetapi dalam hal ini saya tidaklah mahu menyatakan perkara yang tidak baik dan tidak adil.

Apa yang saya dapati pekerja rendah am yang berlagak pegawai ini merupakan orang harapan MDLD dalam melakukan tugas kerja yang diberikan. Mereka ini apa yang saya lihat sendiri merupakan pekerja yang baik dan rajin malah senang berurusan dengan mereka.

Mereka tidaklah ego dengan kedudukan mereka. Berbanding pekerja rendah am yang lain yang ada ibubapa mentua di MDLD dan yang berjawatan tinggi mereka seolah-olah menganggap MDLD ini mereka yang punya.

Bukan sahaja pekerja rendah MDLD ada yang berlagak pegawai, malah pemandu juga berlagak ’Boss’. Dulu saya ada memohon jawatan pemandu, tapi tidak dapat, Lepas itu memohon kerja rendah pun tidak dapat. Adik saya ada hantar permohonan jadi pemandu. Sampai sekarang pun tiada dapat jawapan pasti melainkan ”Belum Ada Kosong Jawatan Pemandu”.

Saya bertanya dengan seorang kakitangan MDLD. Menurutnya pemandu-pemandu di MDLD bukan semuanya pemandu tetap. Yang lain itu cuma pekerja rendah yang disuruh jadi pemandu kerana MDLD kekurangan pemandu. Heran bin ajaib. Pelik tetapi benar. Kalau begitu maknanya di MDLD ini banyak jawatan kosong pemandu.

Jadi ini pun MDLD mahu ‘Menipu Dan Berbohong’? Apakah jawatan ini pun untuk diisi oleh anak-anak dan adik-adik kakitangan MDLD? Mengapa orang lain memohon tidak dilayan malah ditipu? Melampaulah Betul.

Sehinggakan ada seorang pemandu yang juga pekerja rendah am yang berlagak macam pegawai jurutera. Pekerja ini sering memandu kenderaan MDLD walaupun tidak mempunyai kelulusan dan berlesen. Dia ini sering mengenepikan pemandu yang berkelayakan dan membawa kenderaan sesuka hati sama ada tujuan kerja atau pulang kerumah.

Baru-baru ini pekerja yang berlagak macam pegawai jurutera ini telah menyebabkan kenderaan MDLD terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan kos baikpulih memakan belanja ribuan ringgit.

Namun pekerja ini tidak pun diambil tindakan. Malahan pihak MDLD yang menanggung kos baikpulih itu. Sedangkan kalau diikut pekerja itulah harus menanggung kos baikpulih itu. Tetapi tidak apalah. Banyak juga duit MDLD.

Ada pula pemandu di MDLD ini kalau saya perhatikan dan dengar dari mulut kakitangan MDLD pun berlagak macam pegawai. Malah kalau ikut dari apa yang saya dengar kebanyakan pemandu MDLD ini penuh dengan skandal buruk dan memalukan. Ada pemandu yang gayanya mengalahkan pegawai tinggi dari segi berpakaian. Lagaknya macam dialah pegawai di MDLD. Saya dengar setiap pemandu di MDLD dibekalkan pakaian seragam. Tetapi yang satu ini tidak mahu memakainya sebab takut imejnya sebagai pemandu berlagak macam pegawai jatuh. Ini membazir saja duit MDLD membeli pakaian mereka tetapi tidak dipakai.

Malangnya pemandu ini disegani oleh ’Bos Besar’ MDLD. Ada pemandu yang kerjanya cuma berkepit sana-sini dengan pekerja wanita. Lebih teruk pula pekerja itu berpangkat pegawai dan bergelar isteri.

Dari apa yang saya dengar pemandu ini hanya menurut perintah ‘BERDAULAT’ pegawai wanita itu. Dia ini sudah tidak menjalankan tugasnya sebagai pemandu bos besarnya. Mengunakan kenderaan MDLD untuk keluar bersama berdua pergi shopping, makan dan hantar pergi balik rumah.

Malahan apa yang saya dengar dari cerita orang ramai, kedua mempelai ini sudah mencapai ke satu tahap yang tinggi dalam perhubungan sulit mereka yang tidak sulit lagi. Ke mana sahaja berdua. Sehingga lupa rumahtangga. Malahan kata orang, kalau keluar out station berkerja tinggal sebilik di hotel. Entahlah kalau tidak betul.

Persoalannya di sini, mengapakah MDLD tidak mengambil tindakan? Bukankah ini membuat imej MDLD jatuh dan dari segi agama pula kemungkaran maksiat seperti ini harus diberi perhatian agar jangan terikut dan bersubahat.

Saya pernah datang berurusan dengan salah seorang kakitangan wanita MDLD. Mungkin inilah orangnya. Dipendekan cerita urusan saya tidak ‘terlayan’ kerana kakitangan wanita itu kelamkabut mahu keluar, kononnya mahu urus anak sekolah.

Lalu saya ditinggalkan di pejabatnya, terpinga-pinga kerana tiada orang yang dapat membantu saya untuk berurusan. Dia pergi begitu saja dan berwajah masam. Tetapi bayangkanlah, apakah secara kebetulan atau tuhan sengaja mahu kasi nampak kakitangan itu saya jumpa sedang sibuk shopping di supermarket bersama dengan seorang pemandu yang saya fikir suaminya dan pegawai besar di MDLD tidak sampai sejam setelah saya meninggalkan pejabat MDLD.

Kebetulan juga saya menyinggahkan isteri saya di supermarket itu untuk beli barang. Bukan itu itu sahaja saya juga lihat selepas mereka bershopping mereka pergi makan di sebuah restoran macam pasangan bercinta.

Maknanya dia ini menipu saya, kononnya mahu pergi urus budak sekolah. Tahu –tahu pergi mengurus urusan peribadinya. Beginikah pekerja wanita di MDLD berkerja? Lebih pentingkan soal peribadi daripada urusan kerja.

Inikah juga jenis pemandu yang MDLD ambil berkerja? Yang diurus hanya bini orang saja dan beginikah kakitangan wanita di MDLD; sudah bergelar isteri pun tetapi mengatal dan ‘bigak’ dengan suami orang.

Begitu juga dengan pemandu lainnya. Asyik berkepit dengan rakan sekerja wanita. Mengunakan kenderaan MDLD untuk berdua-duaan. Mereka juga rupanya berskandal. Ada saya dengar dari cerita seorang ‘OM’ ada pemandu yang bersama pekerja wanita kedapatan buat projek dalam kenderaan MDLD. MEMALUKAN. Jadi beginikah jenis pemandu MDLD yang diharap? Bagus buang sahaja pemandu-pemandu yang suka buat onar ini. Ramai lagi di luar sana orang mahu kerja.

Saya dapati juga selama ini kenderaan MDLD sering disalah guna untuk tujuan peribadi. Termasuklah untuk buat projek oleh pasangan tertentu. Ada yang saya lihat kenderaan MDLD dibawa siang malam masuk bandar ke luar bandar dan masuk kampung keluar kampung macam kenderaan peribadi.

Ada yang digunakan untuk mengangkat barang peribadi atau perkhidmatan mengangkat barang pelanggan. Disewalah itu. Siang malam kita akan lihat kenderaan MDLD ini bergerak tidak kira hari bekerja atau hari cuti. Kadangkala pemandu dan kakitangan MDLD mengunakan kenderaan MDLD pergi minum berjam-jam dikedai kopi. Macam tidak ada kerja sahaja.

Saya ingin menarik perhatian di sini, apakah di Lahad Datu ini kekurangan belia belia yang berkelulusan tinggi sehingga kekosongan jawatan di MDLD ini perlu ambil orang dari luar daerah? Saya dapat tahu ada pekerja yang mengisi kekosongan jawatan di MDLD ini diambil dari Kota Kinabalu dan diatur oleh pihak kementerian. Orang di atas sana pun sudah terjangkit penyakit MDLD untuk bawa masuk kaum keluarga kerabat mereka mengisi kekosongan jawatan di MDLD.

Nanti akhirnya anak anak di Lahad Datu ini tidak ada lagi yang berkerja di MDLD. Semuanya orang Papar dan Kota Kinabalu. Mentang-mentanglah mereka pegang kuasa, maka sewenang-wenangnya memonopoli peluang pekerjaan di Lahad Datu, khasnya di MDLD.

Nasib baik orang Lahad Datu ini bodoh-bodoh dan baik-baik belaka. Kalau di Semporna, “kau tahanlah”. Harap ahli-ahli MDLD dan YB-YB jangan sokong jika ada lagi pekerja luar diambil masuk ke dalam MDLD. Ini umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ambil orang luar bekerja di sini, tetapi orang di sini tidak pula diberi peluang. Disuruh mati barangkali. Suruhlah orang luar itu kerja keras bangunkan dan majukan Lahad Datu. Benteras penjaja haram dan setinggan PATI. Jangan cuma tahu sign gaji saja cukup bulan.

Ambil orang luar pun keadaan di Pasar Lahad Datu bukannya tambah baik. Kawasan setinggan pun masih tumbuh macam cendawan. Apa pegawai ini buat? Duduk dalam pejabat sahaja tunggu gaji buta?

Saya harap surat terbuka saya ini akan membuka mata pihak berkenaan. Jika artikel saya ini dihanggap bersifat menyerang dan menghentam, saya tidak peduli. Yang penting, kepincangan dan penyelewengan serta salah laku di MDLD dapat diketahui umum.

Kita harap ada langkah-langkah diambil untuk mengembalikan MDLD kepada rakyat daripada cengkaman empayar kementerian dan kakitangan MDLD yang tamak haloba.

Sekarang ini Pegawai Eksekutif MDLD pun sudah orang baru. Kami harap beliau ini akan dapat membaiki keadaan MDLD yang sudah teruk. Pecat sahaja pekerja yang banyak timbulkan masalah dan melakukan kecurangan.

Ramai berpendapat, semasa MDLD ditadbir oleh Chua Chin Kun, prestasi MDLD sangat bagus. Tetapi setelah bertukar kepada Pegawai ’Melayu’ jadilah macam-macam hal yang teruk dan memalukan.

Salam Hormat,

MANGSA PENIPUAN MDLD

No comments:

Post a Comment