Friday 28 October 2011

SKANDAL DI SEBALIK SALIB GEREJA




Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil untuk berkongsi dengan isu hangat yang melanda sekitar gereja di Sabah secara amnya dan secara khususnya di tempat kelahiran saya sendiri. Bukan sekadar membuka pekung di dada, tetapi saya amat malu kerana ‘mereka’ ini merupakan pelakon hangat yang bersembunyi di sebalik ke’alim’an mereka di gereja.

Skandal gereja sudah tidak asing lagi di satu gereja terkenal nun di pedalaman Sabah. Siapa tidak kenal si lelaki yang menjadi orang harapan paderi? Siapa tidak kenal si perempuan, sangat terkenal dengan lentokan dan lenggok suara manja? Kedua-duanya bak kata pepatah Melayu, seperti belangkas yang sukar dipisahkan.

Di sebalik keagungan mereka di hadapan salib gereja, sungguh tidak disangka drama yang dilakonkan di belakang pentas dunia sungguh menjijikkan. Seteguh mana pokok pun, tidak akan bergoyang sekiranya angin tidak bertiup. Apa sudah jadi dengan orang harapan gereja ini?

Sungguh menyedihkan kerana suatu ketika dahulu mereka ini cukup disegani orang ramai, tetapi sayang seribu kali sayang, kerana nafsu, mereka sesat di dalam drama mereka sendiri. Sungguh menghairankan, tidakkah mereka terfikir bagaimana perasaan pasangan masing-masing mendengar isu ini?

Saya dimaklumkan bahawa sang isteri pelakon lelaki ini yang selama ini hanya mendiamkan diri dan bersabar, manakala si suami pelakon wanita ini pula sanggup mengugut orang yang menyebarkan ‘khabar angin’ yang semakin panas ini. Apa yang perlu diselindungkan? Takut pecah tembelang si isteri yang disimpan kukuh selama ini?

Satu ketika dahulu, semasa zaman kegemilangan kedua pelakon ini, mereka berdua ke hulu dan ke hilir melebihi pasangan suami isteri sebenar pula. Tidak cukup bertemu di gereja, di pejabat masing-masing, SMS dan telefon menambah ikatan ‘Skandal’ mereka ini. Tidak cukupkah kesetiaan sang isteri menunggu si suami balik ke rumah lewat malam hampir setiap hari?

Jangan-jangan mesyuarat gereja yang dijadikan alasan selama ini merupakan aktiviti ‘dating’ mereka sehingga lewat malam! Tidak cukup dengan ‘mesyuarat’, sepatutnya pada masa hujung minggu atau cuti, ambillah masa bersama keluarga masing-masing, tetapi mereka berdua ke hulu ke hilir atas alasan aktiviti gereja untuk bersama. Adakah ini alasan untuk bersama?Jijik? Sangat jijik!

Saya pernah melihat apabila si pelakon wanita ini mabuk semasa satu aktiviti gereja berlangsung tidak lama dahulu dan beliau ingin ‘berehat’ di sebuah bilik yang terdapat di gereja. Sungguh menghairankan kerana beliau mencari si pelakon lelaki dengan alasan, si pelakon lelaki ini yang mempunyai kunci bilik itu. Apa sudah jadi, bilik gereja menjadi tempat ‘rehat’ mereka?

Bukan sekadar di gereja, silap haribulan, rumah retret yang dipertanggungjawabkan kemungkinan menjadi satu lagi saksi tempat melepaskan nafsu anjing mereka itu! Jijik sungguh saya melihat mereka berdua yang cukup hebat ini. Apa yang saya perhatikan, tidak cukup membuat dajjal di gereja, mereka beralih ke rumah retret pula. Satu demi satu adegan panas dapat dilihat di rumah retret ini!

Saya mendapat makluman bahawa berapa orang paderi telah cuba menasihati kedua pelakon ini, tetapi sungguh menghairankan, semakin ditegur, semakin parah, terutama sekali, si pelakon wanita yang tidak habis-habis ingin menonjolkan diri di khalayak ramai!

Rasanya beliau ini ingin bersaing dengan isteri si pelakon lelaki yang sememangnya lagi cantik bergaya itu! Malangnya, harapan punah apabila didapati menggelapkan wang syarikat tidak lama dahulu! Memang dahulu sangat mewah dengan membeli emas-emas dengan gaji tidak seberapa itu!

Atau pun sememangnya pelakon wanita ini ada agendanya tersendiri, apa yang saya tahu, beliau juga terlibat dalam beberapa skandal dengan lelaki lain sebelum ini memandangkan perkahwinan beliau atas dasar paksaan keluarga. Agaknya ingin mencuba citarasa lain!

Si pelakon lelaki pula tidak habis-habis dengan ego yang tinggi sehingga sanggup membelakangkan keluarga sendiri untuk bersama-sama si pelakon wanita tidak kira di masa dan tempat. Beliau ini mungkin tergolong dalam lelaki yang sukar menolak rezeki yang terlentang di hadapan.

Apa tidaknya jika diihidangkan 'free show' siap dengan lenggokan manja suara si pelakon wanita setiap hari? Siapa ingin menolak rezeki? Jika anjing, sudah dirodok anjing betina itu tidak kira di mana!

Apa sudah jadi dengan tema kekeluargaan gereja? Adakah mereka sedang membina ‘keluarga baru kecil’? Di manakah sudah janji-janji perkahwinan sebenar mereka? Jika benar suatu ketika dahulu, si pelakon wanita keguguran, agaknya, itu adalah benih mereka!

Saya cukup malu apabila beberapa saudara dari agama lain bertanya kepada saya apakah benar isu hangat ini berlaku di gereja saya. Apa sudah jadi? Tidak cukup dengan itu, orang perseorangan dari daerah lain secara individu bertanya kepada saya.

Seperkara yang cukup menjijikan saya, kedua-duanya ini sungguh hebat memberi ceramah mengenai kekeluargaan, walhal mereka seperti menjilat tahi mereka sendiri. Cukup mengagungkan keharmonian keluarga mereka kononya, tetapi akhirnya menjilat tahi sendiri apabila perlakuan anak mengaibkan diri sendiri. Tidakkah mereka malu dengan apa yang mereka telah lakukan? Tidakkah mereka sedar orang di sekeliling memerhati?

Seperti yang dijangka, sudah tentu keduanya menidakkan cerita ini, tetapi saya percaya sememangnya hidup ini sungguh adil. Saya memohon kepada pentadbir gereja agar peka terhadap isu ini kerana sangat menjejaskan imej gereja yang sangat mementingkan kekeluargaan, tetapi di sebalik salib gereja, keluarga ini semakin hancur.

Salam Hormat,

GWENDOLYN NATHAN

No comments:

Post a Comment