Saturday 29 October 2011

LAMBANG SALIB MENGGORES HATI




Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada perkara di atas, bagi saya orang Kristian, gambar yang di gunakan dan tajuk ‘Skandal Di Sebalik Salib Gereja’ yang dipos dalam Sabahkini.net adalah sangat tidak sesuai kerana boleh mengundang amarah banyak pihak termasuk saya. Kalau mahu post juga hal seperti ini, seharusnya penggunaan gambar adalah yang bersesuaian dan bukan seperti ini.

Lambang salib bagi kami umat Kristian adalah kesucian dan kekudusan. Gambar yang digunakan sangat mengores hati saya dan pembaca-pembaca lain. Harap pihak admin boleh menilai sensitiviti keagamaan kami. Gambar seperti ini juga boleh dibawa ke pengadilan kerana menghina umat Kristian yang lain.

Oleh itu di harap pihak admin boleh mengedit gambar tersebut mahupun membuang artikel tersebut. Kerjasama dan perhatian pihak admin sangat saya hargai.

Salam Hormat,

Syallom dan salam damai dalam YESUS KRISTUS.

JOHN JIJON

No comments:

Post a Comment