Thursday 27 October 2011

KEPINCANGAN PROJEK UNTUK MISKIN MENGAIBKAN



KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ‘kepincangan’ yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengaibkan kerana melibatkan aktiviti dan projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin.

Antara projek itu, katanya, program pembasmian kemiskinan bawah bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan penyenggaraan jalan persekutuan (RM462.46 juta) yang diswastakan di Sarawak.

"Sungguhpun Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi," katanya.

Katanya, program pembasmian kemiskinan mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya maakala projek jalan persekutuan itu pengauditan antara Ogos dan Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaannya kurang memuaskan.

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka perdana menteri," katanya.

Katanya, Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment