Tuesday 27 September 2011

LDP SUMBANG 150 PAIN DARAH



DERMA....Kelihatan ahli jawatankuasa pelaksana program Derma Darah LDP sedang menyaksikan dua orang anggota rela yang sedang menderma darah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PROGRAM Derma Darah anjuran Pergerakan Pemuda Parti Leberal Demokratik (LDP) Sandakan yang diadakan di Lobi Aras Bawah, Klinik Pakar Hospital Duchess of Kent, Sandakan, pagi kelmarin mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan penduduk setempat.

Seramai lebih 150 orang perseorangan, tentera, Rela dan NGO turut serta menderma darah sejak dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Ketua Pemuda LDP Sandakan, Lam Jun Dak, semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net menjelaskan program ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu untuk mendapatkan darah daripada orang ramai khusus bagi keperluan semasa pihak Hospital.

Katanya, Hospital Sandakan sering mengalami kekurangan darah dan sebagai alternatif LDP melalui Pergerakan Pemuda terus membantu Hospital mendapatkan darah seberapa yang banyak boleh untuk stok jangka panjang.

Tegas Lam, penglibatan masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai golongan amat menggalakkan dan di luar jangkaan.

Lam menambah, program sebegini adalah merupakan acara aktiviti tahunan yang memang diadakan pada bulan September pada setiap tahun dan ini juga adalah merupakan program yang ke lima anjuran LDP.

“Saya bagi pihak LDP mengucapkan terima kasih orang ramai kerana sudi menderma darah mereka dan juga terima kasih kepada anggota-anggota Rela dan Kakitangan Hospital kerana membantu dan bekerja keras bagi menjayakan program ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment