Saturday 23 July 2011

MERITOKRASI PENTING DALAM PERLANTIKAN



SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak berkata hari ini faktor ‘perwakilan’ di sesebuah negeri perlu diambil kira dalam pelantikan pegawai kanan jabatan dan agensi Persekutuan, selain mengutamakan meritokrasi.

Beliau yakin pegawai kanan yang dilantik itu akan lebih memahami keadaan di negerinya sendiri, sekali gus membantu memantapkan pentadbiran Persekutuan di peringkat negeri.

Salleh diminta mengulas kemelut yang menyelubungi pertukaran Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Lahari Lasari ke Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai Ketua Cawangan Pembangunan LPP berkuatkuasa 1 Julai lepas yang dilihat oleh banyak pihak sebagai penurunan pangkat.

"Kita harus terima hakikat bahawa dalam sistem kerajaan berpusat, selain meritokrasi, kita juga mengambil kira (faktor) ‘perwakilan’ negeri dalam perlantikan pegawai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar menerapkan nilai-nilai murni bagi memperkukuh gagasan 1Malaysia di sini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata pihaknya melihat pertukaran itu sebagai penurunan pangkat.

Ini kerana Lahari pernah menjawat jawatan penting termasuk sebagai Pengarah LPP Labuan and Timbalan Ketua Penerangan LPP Sabah sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar PPN. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment