Tuesday 26 July 2011

LORI TERBALIK CUBA ELAK KENDERAAN



TERBALIK…..Keadaan lori yang terbalik di Lebuhraya Tawau-Lahad Datu.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : JUN PACIFICO

PEPATAH ada menyebut biar lambat, asalkan selamat. Jika diamati dan disemat di sanubari setiap insan, merupakan satu garis panduan hidup, agar para pemandu yang berhemah di jalan raya pada saban waktu.

Kecuaian pemandu lazimnya berakhir dengan tragedi seperti kemalangan terbaru yang melibatkan sebuah lori empat tan yang sedang membawa muatan terbalik di Lebuh Raya Tawau-Lahad Datu baru-baru ini.

Krew Sabahkini.Net yang secara kebetulan hendak pergi ke Tawau telah terserempak insiden yang membabitkan lori tersebut terbalik di atas jalanraya.

Menurut beberapa saksi yang menyaksikan tragedi tersebut menjelaskan, lori berkenaan dipandu laju telah terbalik apabila cuba mengelak sebuah kenderaan yang hendak memotong kenderaan lain arah bertentangan.

Keadaan cemas ini menyebabkan pemandu lori berkenaan secara tiba-tiba menekan brek secara mendadak sehingg lori tersebut terbalik. Pemandunya tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian bahu.

Kata saksi itu lagi, pihak Bomba terpaksa mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa sebelum mengejarkan ke Hospital dengan bantuan Ambulans.

No comments:

Post a Comment