Wednesday 27 July 2011

BELIA PERLU BUDAYAKAN GOTONG-ROYONG



TURUT SERTA…..Jamawi bersama Ahli Jawatankuasa Pemuda dan masyarakat kampong turut menyertai kerja mengecat pagar bangunan masjid tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

BUDAYA gotong-royong yang menjadi amalan tradisi masyarakat terdahulu perlu dimasyarakatkan di kalangan generasi muda hari ini agar budaya itu kekal menjadi warisan murni dalam usaha membina masyarakat yang bersatu-padu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar berkata, jika budaya ini tidak dimasyarakatkan dan dibudayakan di kalangan generasi masa kini, adalah dibimbangi akan pupus, menjadikan kelompok belia hidup dalam keadaan terlalu individulistik.

Sehubungan itu katanya, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom mengambil pendekatan positif bagi menyeramakkan budaya ini di kalangan generasi muda turun padang melaksanakan pelbagai program termasuk gotong-royong agar budaya tersebut kekal sepanjang zaman.

"Matlamat kita (Pemuda) adalah ingin menyatupadukan masyarakat secara keseluruhan selaras dengan konsep 1Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan program gotong-royong mengecat semula masjid Syekh Abdullah, Ladang Sapong Tenom, baru-baru ini.

Tambahnya, aktiviti yang hanya membabitkan golongan berkenaan dengan masyarakat setempat sengaja diadakan bagi mencari pendekatan sesuai dalam memahami aspirasi mereka berdasarkan konsep 4M iaitu mendengar, melihat, merancang dan melaksanakan.

Katanya, konsep tersebut sememangnya mampu menjadi pemangkin dalam menjana modal insan selain mewujudkan budaya sihat di kalangan masyarakat.

TINJAU.…Jamawi juga turut mengambil peluang bagi meninjau satu lagI masjid Kampung Pantongan Tenom yang diserang anai-anai dan bakal dibaiki oleh Pergerakan Pemuda Umno Tenom secara gotong-royong bersama masyarakat setempat.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, program tersebut juga mampu mendidik masyarakat agar tidak terlalu bergantung kepada peruntukan dari kerajaan untuk membaiki satu satu bangunan yang boleh dilakukan melalui amalan bergotong-royong.

“Pemuda turut menyediakan tenaga kerja dan sedikit peruntukan bagi melaksanakan program ini yang dilihat mampu mewujudkan budaya berkerja satu pasukan,” katanya.

Katanya lagi, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom mencari kaedah bagaimana untuk membentuk golongan remaja ini, khususnya bagi mengelak mereka berterusan lena dengan budaya negatif seperti lepak, rempit haram dan sebagainya.

Beliau berkata, wawasan Pemuda Umno Bahagian Tenom, adalah bagi membantu kerajaan untuk menjana pembangunan sosio ekonomi semua bangsa memfokus kepada masyarakat di kawasan luar bandar

No comments:

Post a Comment