Tuesday 28 June 2011

‘ANGGAPANMU’ MENJULANG NASIB MASLINA



JOHAN....Bintang Karaoke EXPO 2011 Masnila (tengah diapit oleh Naib Johan dan Tempat ketiga kelihatan Abu Bakar Ellah (Ampal).

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ALYA EMYLEA

EXPO Belilah Barangan Buatan Malaysia 2011 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bahagian Sandakan yang diadakan tiga hari berturut-turut bermula pada 23 dan berakhir 26 Jun di perkarangan Supermarket Giant, KM 9.5, Jalan Labuk mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada saat akhir.

Sebanyak 50 gerai yang disediakan oleh pihak penganjur semuanya telah dipenuhi para peniaga yang mengambil bahagian dalam expo tersebut.

Pada hari yang ketiga yang merupakan hari terakhir penutupan expo tersebut sebagai pengisian program itu, satu pertandingan nyanyian karaoke yang terbahagi kepada tiga kategori Dewasa, Remaja dan Kanak-Kanak telah disertai lebih 30 orang dalam pertandingan sengit itu.

Maslina Ghapar dari Kampung Sungei Batang yang mendendangkan lagu Ziana Zain ‘Anggapanmu’ telah dinobatkan sebagai Johan Bintang Karaoke EXPO 2011.

Sementara Naib Johan disandang Norashazlina Mohd Shukor dari Taman Fajar dan tempat ketiga dimenangi oleh Francisca Jungki dari Taman Indah Jaya dengan lagunya Bertamu di Kalbu (Nyanyian Jacklyn Victor). Semua pemenang menerima sebuah piala dan sijil penghargaan serta wang tunai daripada pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment