Wednesday 29 June 2011

10 PELAJAR TERIMA DERMASISWA BAKTI



TERIMA KASIH...salah seorang pelajar sedang menerima bantuan Dermasiswa Bakti daripada Datin Dr Lindai Lee.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 10 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Sung Siew, Sekolah Menengah St Mary’s Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, Sekolah Menengah St Cecila, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah, Sekolah Menengah Datuk Pengiran Galpam, Sekolah Menengah St Micheal, Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan dan Sekolah Menengah Vokasional mereka masing-masing menerima bantuan Dermasiswa Bakti 2011-2012.

Selain itu bantuan bakti juga dihulurkan kepada 24 orang mangsa bencana alam daripada pejabat Ahli Parlimen kawasan Sandakan kelmarin.

Berucap pada Majlis Penyampaian Dermasiswa Bakti Pelajar 2011/2012 yang diadakan di Bilik Mesyuarat di pejabat berkenaan, Datin Dr Lindai Lee, isteri kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew; antara lain menjelaskan seramai 10 orang pelajar daripada 9 buah sekolah menengah yang menerima bantuan tersebut mereka adalah terdiri daripada pelajar terbaik di sekolah masing-masing.

Dr Lindai berkata, dengan adanya dermasiswa sebanyak RM600.00 setiap pelajar yang diberi dua tahun berturut-turut itu, men jurus kepada satu dorongan dan galakan agar mereka menumpukan perhatian sepenuhnya dalam aspek pembelajaran.

“Ilmu pendidikan akademik adalah amat perlu kepada setiap idividu kerana ialah merupakan aset dan bekalan di hari mendatang untuk penentuan arah dan hala tuju seseorang. Orang yang tidak mempunyai pendidikan sudah tentu seperti meraba-raba dalam kegelapan,” jelasnya.

ALBUM....Gambar ramai-ramai barisan penerima bantuan tersebut (No 4 dari kiri) Datin Dr Lindai Lee.

Kata Dr Lindai lagi, Barisan Nasional (BN) yang menjadi tunggak pemerintahan dan kerajaan negeri ini tidak akan mengabaikan kebajikan penduduknya.

“Lantaran seramai 24 orang mangsa bencana alam yang berlaku baru-baru ini juga mendapat sumbangan kewangan begi meringankan sedikit beban yang ditanggung,” katanya.

Dr Lindai menerangkan, bantuan sedemikian tidak hanya sampai di sini sahaja, bahkan akan diteruskan dari semasa ke semasa agar semua rakyat di kawasan Sandakan dapat menikmati bantuan yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment