Sunday 29 May 2011

JPNIN AKUI SABAH ROLE MODEL 1MALAYSIA



CUBA….Nurulakmalina cuba memasak kuIh penjaram sambil diperhatikan tetamu yang hadir.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

KEUNIKAN Negeri Sabah yang mempunyai kepelbagaian adat dan budaya mampu mewujudkan perpaduan, keharmonian, keamanan dan kententeraman kaum sehingga menjadi daya tarikan kepada pelancong luar negara untuk berkunjung ke negeri ini.

Meskipun mempunyai lebih 30 etnik, namun perpaduan pelbagai bangsa di negeri ini wajar menjadi contoh atau 'role model' kepada negeri-negeri di negara ini terutama dalam mengaplikasikan konsep 1 Malaysia gagasan yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak'

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah (JPNIN), Nurulakmalina Shamsuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Memasak Masakan Tradisi dan Program Penebusan Masyarakat di kediaman Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kota Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih, kelmarin.

Majlis itu yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah dengan kerjasama Jabatan Penerangan Tuaran turut hadiri oleh seramai 79 peserta Integrasi yang mewakili Semeanjung Malaysia, sarawak dan Wilayah Persukutuan Labuan.

Nurulakmalina menyatakan dengan adanya keunikan yang dimiliki oleh negeri di bawah bayu ini akan terus menjadikan rakyat negeri ini terus bersatu padu dan ianya menjadi landasan kepada kerajaan untuk menjayakan dan melaksana pelbagai pembangunan untuk faedah rakyat pelbagai kaum.

“Sehubungan itu, saya mengharapkan Program Integrasi anjuran JPNIN Sabah bersempena dengan Perayaan Pesta Kaamatan yang dirayakan di negeri ini akan membolehkan peserta-peserta yang terlibat dapat mempelajari dengan lebih dekat lagi adat dan budaya penduduk pelbagai kaum di negeri ini,” kata Nurulakmalina.

Selain itu, beliau turut menyarankan kepada penduduk berbilang kaum di Sabah agar terus mengamalkan sikap toleransi yang telah menjadi asas kukuh dalam memelihara kestabilan dan keharmonian hidup dalam sesebuah masyarakat.

Terdahulu dari itu Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Marklin Berunai ketika berucap di majlis itu mengharapkan kerjasama antara JPNIN dan Jabatan Penerangan di Tuaran dalam menentukan rakyat pelbagai kaum akan terlibat menjayakan pelbagai program kedua-dua jabatan itu ke arah menanamkan semangat perpaduan di kalangan rakyat di sini yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Rakyat kita sebenarnya telah diasuh dan dididik untuk merealisasikan sikap hormat menghormati di antara satu dengan yang lain, maka budaya murni yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat kita sehingga kini wajar dipertahankan agar kita dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan harmoni,” kata Marklin yang memuji penglibatan aktif Komuniti 1 Malaysia Kampung Kota Tuaran dalam menjayakan program kerajaan di daerah ini.

Majlis Memasak Masakan Tradisi dan Program Penebusan Masyarakat pada hari itu telah memamparkan demontrasi memasak kuih tradisional masyarakat Bajau yang dikenali kueh 'Penjaram' yang turut dicuba sendiri oleh para peserta Integrasi termasuklah Nurulakmalina sendiri, selaku penasihat program tersebut.

Turut hadir termasuklah dua pegawai JPNIN Tuaran Dausin Gingging dan Zulzillah kalon.

No comments:

Post a Comment