Wednesday 25 May 2011

JKDB TAMAN MESRA DISUSUN SEMULA



Oleh : SHAIMON S JUMADI

JAWATANKUASA Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Taman Mesra yang kini sudah tamat tempohnya pada 1 April lalu perlu disusun semula melalui proses mesyuarat Agung Tahunan bagi memilih jawatankuasa baru untuk sesi tahun 2011/2013.

Sebelum ini jawatan pengerusi JKDB bagi tempoh 2010 hingga 2011 telah disandang oleh Mohamed Hj Utung (gambar) yang kini juga selaku Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura.

Semasa di wawancara oleh Sabahkini.Net, Mohd menjelaskan JKDB sebenarnya adalah kuota Parti GERAKAN kerana semua jawatankuasa pengerusinya adalah di bawah kouta ADUN Elopura. Hanya JKKK di peringkat kawasan kampung semua jawatan dimonopoli dan disandang untuk ahli-ahli UMNO.

“Sebagai CDO Elopura, saya meminta kepada penduduk Taman Mesra dalam mesyuarat Agung pembentukan jawatankuasa baru bagi sesi 2011/2013 itu nanti, pilihlah orang yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran agar kegiatan JKDB dalam berjalan dengan licin ke arah merielisasikan dalam aspek pembangunan dan sosio-ekonomi; agar sejajar dengan gagasan 1 Malaysia,” tegasnya

Kata Mohd lagi, mereka yang dilantik atau dipilih untuk memegang jawatan Pengerusi JKDB yang merupakan orang nombor satu dalam badan tersebut, mestilah pengundi kawasan Elopura tinggal dan menetap di Taman Mesra di samping faham mengenai peranan dan fungsi sebenar badan itu.

JKDB kata Mohd, bertindak sebagai badan agensi kerajaan dalam menyalurkan segala maklumat mengenai dasar-dasar dan matlamat kerajaan dalam pelbagai aspek khususnya pembangunan infrastruktur, di samping itu juga berperanan menyampaikan hasrat dan kehendak-hendak rakyat kepada pihak kerajaan untuk sesuatu tujuan yang berkaitan dengan pembangunan semasa.

No comments:

Post a Comment