Wednesday 27 April 2011

PARTI GERAKAN MENTERNAK KATAK PURU?



Oleh: JACKSON LU

SUARA sumbang daripada kulintangan tidak akan dapat mengajak penari-penari tempatan untuk menggayakan tarian tradisi mereka dengan betul jauh sekali ia mampu mempesonakan penonton walaupun penari-penari itu dari golongan profesional seperti kumpulan senitari Warisan Budaya Sabah.

Begitulah juga dengan kelibat Parti Gerakan yang sudah hancur lebur pengaruhnya di Semenanjung pada PRU12, tetapi cuba cuba menjual ‘nasihatnya’ kepada LDP melalui Pengerusi Perhubungan Negerinya, Datuk Gordon Leong yang tidak pun dikenali pengaruh serta jasanya di Sabah sebelum ini.

Siapakah Gordon Leong dan Parti Gerakan Sabah menggertak LDP dan Datuk Chin Su Phin kononnya parti itu akan meminta BN Sabah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada LDP kerana mengecam kepimpinan BN Sabah.

Kenyataan Pengerusi Parti Gerakan Sabah itu disifatkan oleh banyak pihak sebagai “Menyanyi lagu dengan suara sumbang tetapi menyalahkan musik pengiring”.

Gordon perlu berfikiran waras dengan tindakan-tindakan yang penuh kematangan sebelum menerjunkan dirinya ke dalam lembah kegersangan politik yang kian meruncingkan ketika ini, sama ada Gordon menjadi orang tengah atau sebaliknya.

Seandainya niat Gordon terjun ke situ untuk tujuan menyelamatkan mereka yang bertelagah secara jujur dan ikhlas tanpa memihak kepada kumpulan lain, mengapa pula Gordon memandai-mandai meminta LDP keluar daripada BN.

Sebaliknya tindakan Gordon itu dengan melontarkan kata-kata kesat kepada LDP seolah-olah Gordon lebih ampuh daripada LDP sedangkan Parti Gerakan yang tempat Gordon berpaut selama ini sudah hancur lebur di Semenanjung malah di Sabah ia bertindak sebagai gudang penyimpan ‘Katak Puru’ yang menyeberang dari sebelah.

Datuk Gordon dipandang lebih mulia jika beliau terus mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada ketegangan LDP dengan Umno Sabah; sebaliknya jangan sekali-kali menjadi perkakas kepada seseorang untuk melancarkan gerak sarafnya atau menjadi ‘Pak Turut’ dalam apa juga arahan pihak tertentu.

Ramai yang beranggapan bahawa Parti Gerakan Sabah pimpinan Datuk Gordon Leong bukanlah padanan rapat LDP yang selayak-layaknya menasihati LDP dalam halatuju perjuangan politiknya. LDP pernah bertanding dalam kerusi DUN dan MP malah menang semuanya, sebaliknya apa peranan Gordon dan Parti Gerakan ketika PRU12?

Justeru, kenyataan Gordon dan Parti Gerakan Sabah ia ibarat ‘Cakap tak serupa bikin’. Lebih baik Gordon dan Gerakan uruskan dulu rumah sendiri sebelum mengurus masalah orang lain yang lebih baik dari Parti Gerakan.

No comments:

Post a Comment