Friday 29 April 2011

NOSTALGIA EDMUND KEMBALI BERGEMA


SAKSIKAN VIDEO KLIP 1

VIDEO KLIP 2

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

TARIKH 9 oktober 2010 adalah detik hitam bagi penduduk Batu Sapi apabila Ahli Parlimen mereka yang berjiwa rakyat, Datuk Edmund Chong Ket Wah terlibat dengan kemalangan maut sebelum misinya untuk menerangi Pulau Tronglit dan seluruh kampung di Batu Sapi dengan cahaya elektrik dapat dijayakan sepenuhnya.

Bak kata pepatah, gajah mati meninggalkan gading; namun Edmund yang meninggal dunia dalam kemalangan berkenaan telah meninggalkan begitu banyak kenangan manis dan amat bermakna bagi kehidupan ‘orang pulau’ seperti Pulau Timbang, Tronglit dan Shanghai yang selama ini terpencil daripada pembangunan.

Misi pertama Edmund telah berjaya menerangkan jeti pendaratan nelayan. Misi keduanya memantulkan cahaya di jambatan pejalan kaki telah terlaksana sekalipun hanya kawasan tertentu sahaja yang mendapat cahaya baripada elektrik solar. Misi ketiganya untuk memberikan sedikit kenikmatan rohaniah kepada penduduk; terutama balairaya, balai serbaguna dan masjid telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Sekalipun Masjid Kampung Tronglit, Batu Sapi telah lama dibina, namun tidak pernah mempunyai bekalan elektrik sehingga suara azan hanya didengar beberapa buah rumah yang berdekatan dengan masjid berkenaan.

Tetapi ‘tiada kata yang dapat diungkap, tiada harga yang dapat diletak’ apabila buat pertama kalinya mereka mendengar suara azan daripada Masjid Kampung Tronglit yang mendayu berkumandang sebaik sahaja selesai pemasangan sistem mini bekalan elektrik solar bagi masjid berkenaan.

Penduduk kampung termanggu dan berhati sayu kenapa pemimpin 'Melayu' yang beragama Islam tidak pernah melakukan apa yang pernah dilakukan Edmund?

Kini, tugas berat Mendiang Edmund digalas oleh Datin Linda Tsen yang mampu menangis dan gembira bersama penduduk kampung Tronglit yang semakin memantapkan sokongan terhadap beliau bagi meneruskan perjuangan Edmund yang belum selesai.

Ikuti pengakuan penduduk kampung Tronglit dalam Videoklip ‘Syahdunya Iman, Terima Kasih Musa Aman’. (Versi baru akan dikeluarkan dalam masa yang singkat)

No comments:

Post a Comment