Saturday 30 April 2011

KENAPA FITNAH RAIME JIKA PEMIMPIN BN GAGAL?



Saudara Pengarang,

BAHAWASANYA kami, Ng Thien Sang (Pengerusi JKKK Kg. Binsilon), Jasri Ejah (Pengerusi JKKK Kg. Lologobon), Zulfikar Yusuf (Pengerusi JKKK Kg. Gumisi Ulu) dan Ansarap Korong (Pengerusi JKKK Kg. Kapulu) dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar ‘pihak pembangkang’ dalam artikel bertajuk ‘Raimie ‘Ada Udang’ Di Sebalik NKRA?’ dan ‘Raime Perlu Lapor Kes Penyelewengan’ yang disiarkan Sabahkini.net.

Untuk maklumat penulis artikel berkenaan dan pihak yang membuat kenyataan liar tersebut agar prihatin dengan masalah rakyat di Tenom yang selama ini tersepit dengan pelbagai masalah termasuk hak tanah adat dan infrastruktur yang semakin meruncing; kesal dengan tohmahan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi.

Sepanjang menjadi Ahli Parlimen, Datuk Raime bukan sahaja menghabiskan banyak masanya dengan penduduk kampung dan melakukan lawatan tanpa kompang atau sambutan seperti Ahli Parlimen sebelumnya; namun pendekatannya amat berkesan di hati rakyat Tenom.

Sebagai Ahli Parlimen, Datuk Raime telahpun membentangkan isu ini di parlimen dan terpulanglah kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengambil tindakan dan pendedahan kepada media dibuat setelah beliau berucap di parlimen.

Pengetahuan cetek pihak yang membuat dakwaan liar di dua artikel berkenaan menunjukkan tidak tahu kaedah pentadbiran kerajaan BN sehingga memaksa Datuk Raime membuat laporan polis atau SPRM.

Semua ucapan Datuk Raime mengenai NKRA berpenyakit boleh dibaca melalui Hansard Parlimen dan sebagai Pengerusi JKKK kami telah memaklumkan kepada penduduk kampung senario sebenar berhubung projek berpenyakit di Tenom; dan kami percaya beliau bukannya mengambil kesempatan ketika krisis LDP memuncak.

Kami turut menafikan sekeras-kerangnya dakwaan bahawa Datuk Raimie yang berulang alik setiap minggu dari Kota Kinabalu ke Tenom dan terus bertandang ke kampung halamannya di Mamaitom tanpa singgah pun di mana-mana perkampungan di kawasan DUN Melalap sebahagian daripada Parlimen Tenom dan selepas itu kembali ke Ibukota dengan tidak melakukan apa-apa ‘servicing’ untuk berjumpa rakyat; menyifatkan dakwaan liar ini sebagai fitnah jahat untuk memperkecilkan kepimpinan beliau.

Walaupun beliau Ahli Parlimen, namun sering memanggil kami untuk berbincang berhubung apa juga isu termasuk kemudahan asas dan program pembasmian kemiskinan yang dijanakan melalui pelbagai kementerian.

‘Tembakan liar’ pemimpin yang enggan namanya disiarkan adalah sikap pengecut dan membaling batu tetapi menyembunyikan tangan menunjukkan mereka tidak mengetahui pentadbiran iaitu sesuatu yang dibincangkan di Majlis Tindakan Daerah yang disertai Datuk Raime tidak boleh didedahkan kepada umum melainkan apa yang diwartakan di dalam Hansard Parlimen.

Gesaan agar Datuk Raime membuat laporan polis dan SPRM adalah tidak praktikal kerana beliau tidak mempunyai kepentingan di dalam projek tersebut, malah sudah menjalankan tugasnya memaklumkan kepada Dewan Rakyat berhubung apa juga masalah dan terpulang kepada agensi terbabit mahu mengambil tindakan tanpa sebarang laporan rasmi.

Kami beranggapan pendedahan Datuk Raime kepada media dibuat setelah ucapan beliau di Parlimen disiarkan di dalam Hansard Dewan Rakyat dan sebagai ulangan kenyataan agar KKLW dapat menjalankan tugas mereka dengan memastikan setiap projek yang mereka senaraikan atau janjikan dilaksanakan dengan jayanya.

Sehubungan itu, kami meminta jasa baik Sabahkini.net agar tidak menyiarkan kenyataan liar yang dibuat tanpa bukti kerana ia adalah tohmahan kepada pemimpin BN yang benar-benar jujur menjalankan tugas.

Begitu juga kami berharap agar Datuk Raime tidak melayan kritikan liar dan menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan Tenom yang masih mundur dan memerlukan banyak dana pembangunan.

Selama ini, Anak Negeri yang tinggal di kawasan yang disalah warta sebagai Hutan Simpan diburu bagaikan binatang liar dan diseret ke Mahkamah; namun atas namun atas kerja keras Datuk Raime, kami bukan sahaja mendapat hak kami yang diiktiraf undang-undang; malah turut menikmati bekalan elektrik yang tidak pernah termimpikan sejak merdeka.

Apakah lagi yang kami mahu daripada Datuk Raime kerana beliau bukan sahaja sibuk menguruskan masalah rakyat, malah menumpukan usaha membangunkan Tenom; tambahan pula kami telah dapat apa yang tidak dapat diberikan oleh wakil rakyat kami sebelum ini.

Bagi kami, tidak perlulah Datuk Raime mengumumkan kepada media beliau pulang ke Tenom atau turun padang kerana rakyat tahu beliau sangat prihatin dan tidak memerlukan publisiti murahan, seperti resam Wakil Rakyat lain yang mahu rakyat tahu apa yang mereka lakukan, sekalipun menyampaikan sekeping zing.

Salam Hormat,

KAMI YANG BERNAMA DI ATAS.

No comments:

Post a Comment