Tuesday 26 April 2011

ETI TECH TERANGI AGROPOLITAN SABAH



ANAK syarikat milik penuh ETI Tech Corp Bhd, ETI Tech (M) Sdn Bhd telah menerima jemputan daripada Jawatankuasa Teknikal Pelaburan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) untuk menghantar cadangan terperinci Penyelesaian Tenaga Hijau bagi Projek Agropolitan di Sabah.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia Isnin, ETI berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Green Electric Sdn Bhd, pengintegrasi sistem tempatan untuk membekalkan Penyelesaian Tenaga Hijau bagi projek yang dirintis oleh SEDIA.

Projek-projek utama termasuk bekalan elektrik untuk rumah-rumah pekerja ladang dan sekolah luar bandar yang dibina untuk penduduk kawasan projek.

Bergantung kepada kajian projek dan penilaian teknikal mengenai kesesuaian sistem hidro mikro, ETI juga akan membekalkan sistem penyimpanan tenaga hijau untuk projek-projek itu.

No comments:

Post a Comment