Wednesday 27 April 2011

CHIN ‘LANUN’ DALAM BARISAN NASIONAL



Oleh: ABBAS AHMAD

TIMBALAN Presiden LDP disifatkan sebagai ‘Lanun’ di dalam Bahtera Barisan Nasional kerana bertindak menyerang sesiapa sahaja termasuk Kapten Kapal dan kelasi kapal tanpa sebab yang munasabah semata-mata tidak mendapat habuan yang diinginkan.

Aktivis politik, Abdullahsani Haji Abdullsalleh membuat perumpamaan demikian setelah menganalisa sikap Chin sejak menjadi ‘Keldai’ Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang gagal melakukan beberapa kudita sekalipun mendapat projek bernilai lebih daripada RM80 juta.

Tindakan Chin bukan sahaja cuba melumpuhkan UMNO Sabah melalui sengketa yang berterusan dengan mencipta pelbagai isu yang mendorong pemimpin dan rakyat Sabah menentang UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman; malah meletakkan LDP di atas ‘panggang bara api’ politik sehingga LDP rentung bersama Mantan Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat.

Chin yang diberi kepercayaan ahli LDP telah mengkhianati parti itu kerana semua kekayaan yang diperolehi daripada projek yang diberikan Shafie atau atas bantuan Shafie tidak disalurkan kepada LDP sehingga menjadikan LDP antara parti paling miskin dalam komponen BN.

“Chin mengamalkan politik songsang iaitu ‘Politik Yahudi’ atas nama demokrasi dan menganggap mempunyai hak mutlak untuk menegur pemimpin BN secara terbuka, baik di dalam mesyuarat atau di media sedangkan LDP bukan milik peribadinya,” ujar Abdullahsani yang melihat Chin sebagai anarkis yang akan memporak porandakan UMNO dan BN; dipercayai atas arahan Shafie yang masih bermimpi untuk kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri.

Terbaru, kata Abdullahsani, Chin menyerang Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dengan memutar belitkan kenyataan Salleh di Majlis Harijadi Musa sebagai ‘peluru’ untuk menembak Mantan Ketua Menteri itu semata-mata kerana Salleh terus taat setia kepada Musa.

Menurut Abdullahsani, peluru tembakan rambang Chin, akhirnya mengenai dinding dan kembali kepada LDP sehingga mencederakan ramai pemimpin LDP seperti V.K.Liew yang gagal menjinakkan Chin yang berkelakuan seperti ‘anjing garang yang sudah lama tidak mendapat betina!’

“Chin telah melakukan kesilapan terbesar dalam sejarah politiknya dengan menuding jari kepada Abdul Taib Mahmud di atas kehilangan 16 kerusi terutama di kawasan dominasi Cina dan mendakwa masyarakat Cina menolak BN; malah turut mengheret Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman; semata-mata bagi memenuhi agenda tersirat bossnya, Shafie Apdal,” ujar Abdullahsani lagi.

Tegas Abdullahsani, sejak menjadi ‘Keldai Politik’ Shafie, Chin semakin buta politik kerana kemenangan DAP dan Pakatan Rakyat serta Bebas di Sarawak bukanlah disebabkan masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat; malah kejayaan DAP memperolehi 12 kerusi turut disumbangkan oleh 41.9 undi bukan Cina.

Namun belum terlambat bagi Chin untuk kembali ke pangkal jalan dengan meminta maaf secara terbuka demi kesinambungan LDP di dalam BN dan menjadikan kesengsaraan PBS di luar Barisan Nasional suatu ketika dahulu sebagai pengajaran.

“LDP sebenarnya sudah lama bersemadi di dalam keranda politik Sabah jika pemimpin UMNO ingin memberi pengajaran; apatah lagi kesemua kerusi yang ditandingi LDP adalah kerusi ‘PPRT’ iaitu dengan ehsan dan bantuan UMNO dan parti komponen BN lain. Jika tidak, Presiden LDP pun tumbang,” ujar Abdullahsani yang menggesa agar LDP memecat Chin atau LDP meneruskan perangai buruk Chin menikam BN dari belakang.

No comments:

Post a Comment