Thursday 20 January 2011

UTAMAKAN TUGAS MEMBINA UMAT MADANI



SALAM...Dato' Sri Nasir (tengah) diringi Tahir Amir (tiga kanan) bersalaman dengan Panglima Sulig Samsani (dua kanan) serta sebahagian ketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK Dun Senallang sempena majlis itu.

Oleh:ARSHAD HUSSIN

MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan semua pemimpin masyarakat peringkat kampung dan daerah khususnya Pengerusi JKKK/JKDB/UPKR/Ketua-Ketua UMNO sentiasa komited melaksanakan tugas membantu kerajaan menangani masalah keselamatan, kesihatan, agama dan pembangunan di setiap daerah.

Katanya, peranan pemimpin-pemipin masyarakat ini sangat diperlukan dan seharusnya menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat akar umbi serta memaklumkan pihak kerajaan berhubung maklumat-maklumat berkenaan.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, berkata demikian sempena merasmikan penutupan Seminar Sehari mengenai Keselamatan, Kesihatan, Agama dan Pembangunan anjuran Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kawasan DUN 53 Senallang.

Hadir sama sempena majlis itu Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabahani; Pemimpin UPKR, Haji Tahir Amir; Wakil Ketua Polis Daerah Semporna, Haji Mumin Hj Omar; Pegawai Polis Daerah, CIF Mohd Danny @ Asun serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Sehubungan itu beliau menyarankan pemimpin-pemimpin masyarakat peringkat daerah dan kampung melaksanakan tugas serta tanggungjawab sambil memainkan peranan membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai konsep 1Malaysia kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

Katanya, pemimpin masyarakat yang juga sebagai mata dan telinga kerajaan ini hendaknya memberikan kefahaman yang jelas mengenai gagasan itu supaya rakyat tidak keliru dengan niat murni kerajaan yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

No comments:

Post a Comment