Thursday 27 January 2011

TALIAN 33 KV SIBUGA-SEGUNTOR TERPELANTIK



Oleh: MEDIA SESB

BEKALAN elektrik ke beberapa kawasan di Sandakan telah terjejas selepas salah satu talian (line 1) 33 kV (kiloVolt) Sibuga-Seguntor terpelantik (tripped) akibat kerosakan pada kabel 33 kV (kabel tamatan submarine) berhampiran kawasan Seguntor pada jam 8.43 pagi tadi (27 Januari 2011).

Catuan bekalan kecemasan (emergency load shedding) dan Demand Side Management (DSM) terpaksa dilaksanakan di beberapa kawasan sekitar Sandakan dan Lahad Datu yang dianggarkan mempunyai pengguna sebanyak 5,500 orang bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan catuan bekalan kecemasan ini adalah sekitar kawasan Seguntor, Taman Mawar, Kampung Melayu, Jalan Cecily, Batu 10 hingga Batu 28 dan sebahagian Batu 8. Bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 9.25 pagi pada hari yang sama.

No comments:

Post a Comment