Sunday 30 January 2011

PEMIMPIN UMNO GENTAR BERDEBAT



Oleh: FAIZAL OKADAU

SETELAH Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terpaksa memberi bermacam dalih untuk mengelak cabaran debat berhubung isu janji Pakatan Rakyat, kini giliran Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula menolak cabaran debat daripada Presiden ANAK, Mazlan Aliman.

Seperti yang diduga, para pemimpin UMNO akan menjadi menjadi tikus betina, menolak debat dengan alasan yang angkuh tetapi menggambarkan kegerunan kepada ajakan debat tersebut.

Kalau Datuk Seri Najib memberi alasan supaya Datuk Seri Anwar menyelesaikan masalah peribadi terlebih dahulu, Ahmad Maslan pula mencadangkan Mazlan berdialog tertutup dengan pegawai Felda.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah melahirkan rasa kecewanya dengan sikap menikus dan bacul pemimpin UMNO yang selalu mengelak untuk berdebat dalam soal-soal kepentingan rakyat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurutnya, pemimpin UMNO lebih selesa bertindak memukul curi. Hebat memberi kenyataan kepada media-media yang mereka kuasai untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk serangan peribadi yang tidak jelas kebenarannya.

"Budaya fobia debat memperlihatkan, pemimpin UMNO rendah daya intelektualnya dan gagal menampilkan ketokohan sebenar mereka sebagai pemimpin Negara,". tambahnya lagi.

Sepatutnya mereka (pemimpin UMNO) boleh mencontohi pemimpin barat yang bersedia berdebat dengan pembangkang dalam soal dasar dan polisi Kerajaan di hadapan khalayak umum.

Kesediaan debat antara Gorden Brown dan David Cameron di Britian telah menyakinkan rakyat Britain tentang ketelusan dan keprihatinan Kerajaan Britain dalam menerima pandangan rakyat terutama pemimpin parti pembangkang.

Debat itu disaksikan secara siaran langsung melalui televisyen Britain. Mereka tidak menimbulkan soal peribadi pihak pembangkang bagi menyekat mereka menegur kerajaan.

Kita juga menyaksikan Obama menyampaikan Ucapan Dasar Polisi Amerika yang memberi peluang kepada pemberita dan tokoh profesional membahaskannya secara terbuka.

Ketika ditanya pandangan beliau tentang sebab penolakan pemimpin UMNO terhadap cabaran-cabaran debat pemimpin Pakatan Rakyat, Hj Hamzah berkeyakinan pemimpin UMNO bimbang penyelewengan dan keborosan mereka mengurus harta negara dibongkarkan.

No comments:

Post a Comment