Tuesday 18 January 2011

DIPLOMASI LEBIH BAIK DARIPADA KEGANASAN



Oleh: MAIL MATHEW

PEMIMPIN Parti Maju Sabah (SAPP) Tenom, Saul Salleh (gambar) meminta Jabatan Perhutanan Sabah memberi penjelasan terhadap tindakan drastik kakitangan mereka yang melakukan perobohan rumah penduduk kampung Sinawangan, Katubu tanpa memberi amaran terlebih dahulu; yang boleh disifatkan sebagai ganas dan tidak mengikut prinsip peradaban yang diamalkan manusia berintergriti tinggi.

Tegasnya, jika mereka didapati melewati had kuasa yang diberikan kepada mereka, tindakan disiplin harus diambil termasuk menggantung tugas sementara kepada mereka yang terbabit sehingga siasatan penuh kes itu selesai.

“Kita memahami tugas dan tanggung jawab mereka berdasarkan arahan yang diterima tetapi tidak sampai tergamak sehingga meroboh rumah atau pondok dan menakut-nakutkan penduduk di situ kerana mereka bukanlah penjenayah berat atau ‘terroris’,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini ketika menghubungi Sabahkini.net pagi tadi.

Ekoran daripada insiden itu seorang penduduk, Palipus Ampasu telah membuat laporan Polis pada Isnin yang menyatakan dalam laporan itu bahawa insiden itu didalangi lebih kurang 20 kakitangan Jabatan Perhutanan yang melakukan kerja-kerja meroboh 4 buah rumah penduduk kampung di situ.

Saul menambah, insiden seperti itu merupakan kejadian kali kedua yang berlaku di daerah Tenom kerana insiden pertama melibatkan 6 orang penduduk kampung telah didakwa di mahkamah pada tahun lepas atas kesalahan menceroboh kawasan hutan Simpan Emagit dalam Mukim Tomani.

Bagaimanapun Saul berkata, beliau tidak pasti apakah rasionalnya yang mendorong pihak kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan begitu serius sekali menguatkuasakan peraturan itu ke atas kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan ‘Tanah Adat’ (Native Customary Reserve) yang termasuk dalam kawasan hutan simpan walaupun tanah tersebut sudah botak kerana telah didiami penduduk lebih sedekad lalu.

Beliau yang juga bekas Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) semasa era kerajaan PBS berkata, isu tanah adat dan pencerobohan penduduk kampug ke kawasan hutan simpan telah pun diperjelaskan oleh kerajaan PBS sekitar tahun 1990-an supaya kawasan kawasan yang terlibat dengan isu NCR perlu dikeluarkan dari kawasan hutan simpan.

“Kita juga ada permintaan kepada mereka sekiranya dakwaan penduduk kampung ada asas untuk menuntut tanah adat berdasarkan kesan-kesan fakta sejarah yang betul; biarlah situasinya dilonggarkan sedikit yang memberi masa yang panjang kepada penduduk kampung untuk beredar,” tegas Saul lagi.

No comments:

Post a Comment