Monday 27 December 2010

JOSEPH YAPP KURANG BERILMU?



Saudara Pengarang,

KAMI di PKR Semporna kurang mengenali Joseph Yapp selain daripada mengenali beliau sebagai suku Cina yang bertanding sebagai calon Bebas di kawasan 99% pengundi Melayu dan hanya memperolehi 264 undi dalam pilihanraya 2004 di DUN Senallang, Semporna.

Beliau terkenal kerana semangat juangnya yang tinggi sama seperti mantan calon Bajau Laut (Bajau Pelauh) dari Kg. Bangau-Bangau, Semporna yang menentang Tun Sakaran dalam pilihanraya iaitu Tanjung Kiling.

Oleh kerana Tanjung Kiling telah meninggal dunia, maka Joseph Yapp telah mewarisi Legasi Tanjung Killing (TK) dan membawa orang TK berjuang bersamanya.

Nampaknya beliau ini seorang yang ‘Kurang Ilmu Pengetahuan‘, mungkin kerana beliau hanya membaca surat khabar Cina dan tidak membaca Blog serta laporan Media eletronik, maka beliau membuat satu kenyataan yang mengelirukan.

Kepada semua Ahli PKR, orang seperti Joseph ini adalah seorang pemimpin yang amat bahaya kerana kurang mengikuti perkembangan sehingga membuat kenyataan amat mengelirukan berhubung PKR Semporna.

Kami harap Joseph Yapp jangan membuat kenyataan mengenai PKR Semporna; jangan bercakap jika anda tidak memahami perkembangan PKR Semporna; selain asyik berfikir perkembangan Kumpulan PKR anda sendiri seperti calon dan ‘Boss’ anda yang kalah dalam pemilihan PKR Semporna.

Boss anda yang tidak dipakai oleh PKR Sabah dan ‘Boss’ anda yang sudah keluar PKR Malaysia kerana kalah pertandingan Timbalan Presiden sebelum bertarung, maka elok anda berdiam diri.

Untuk maklumam anda, PKR Semporna dipimpin dan dimenangi oleh PIRAMLI dan Abdul Karim Ammad adalah salah seorang Naib yang dilantik oleh Ketua cabang PKR Semporna untuk membantu memperkukuhkan PKR Semporna.

Sekian, Salam Hormat,

PEMINAT PKR SEMPORNA.

No comments:

Post a Comment