Tuesday 23 November 2010

TYT DIJANGKA RASMI IPD TENOM



Oleh: MAIL MATHEW

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom yang dibina sekitar tahun 2003 dan siap tahun 2005 dijangka akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Ahmad Shah bin Abdullah pada 28 November 2010, bersamaan ahad ini.

Demikian dinyatakan Deputi Suprintendan Polis (DSP) Mazlan Haji Lazim Ketua Polis Daerah di sini ketika memberitahu Sabahkini.net

Tegasnya, IPD tersebut yang dibina di atas tapak keluasan 9 hektar dengan harga RM25 juta mempunyai dua blok pejabat tiga tingkat selain beberapa blok perumahan dan Surau untuk kakitangan PDRM.

Sehubungan itu, di sebelah petang, beberapa acara khas turut disediakan di padang pekan termasuk acara penyerahan surat penghargaan kepada orang awam kerana membantu pihak PDRM menangani usaha membanteras kegiatan jenayah.

Justeru, DSP Mazlan merayu orang ramai agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan itu di padang pekan untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

No comments:

Post a Comment