Sunday 28 November 2010

KPN PUJI KESUNGGUHAN POLIS TENOM



Oleh: MAIL MATHEW

KETUA Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Haji Omar menyifatkan kawasan Tenom satu satunya daerah yang paling aman dan stabil jika dibandingkan dengan daerah-daerah di Semenanjung; yang bukan sahaja membosankan kerana pelbagai karenah jenayah yang berlaku setiap hari, tetapi suasana kesibukan kota juga turut menghantui masyarakatnya.

Katanya, beliau tidak hairan apabila mendapat laporan penurunan indeks jenayah di sini yang membanggakan kerana tahun ini (2010) hanya melibatkan 57 kes berbanding 60 kes pada tahun lepas (2009).

“Bermakna Ketua Polis Daerah dan anggota PDRM di sini telah menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka dengan baik, tetapi janganlah pula mendengar pujian ini terus relaks pula?” kata beliau ketika merasmikan majlis muhibbah Polis dan Masyarakat di padang pekan Tenom sempena perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah yang baru pada Ahad.

Sungguhpun begitu tegas beliau, tidak bererti dengan keamanan dan keselesaan kerana gangguan jenayah di paras rendah, anggota PDRM di sini terus leka terhadap tugas dan tanggungjawab harian mereka, tetapi sebaliknya mereka hendaklah terus menjalankan tugasan mereka dengan lebih serius dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita menganggap keberkesanan tugas dan tanggung jawab anggota dan pegawai di sini telah menunjukkan satu pencapaian yang hebat setakat ini,” tegas KPN.

Dalam pada itu, KPN turut mengalu alukan kerjasama yang rapat antara masyarakat dan PDRM di sini yang beliau difahamkan sangat baik setakat ini atas kerjasama itu telah dapat membantu menurunkan indeks jenayah yang sangat memberangsangkan.

Beliau berkata, tanpa kerjasama daripada masyarakat yang memberi maklumat kepada Polis dalam usaha membanteras gejala sosial dan jenayah sudah pastilah misi dan visi PDRM untuk menjadikan sesuatu daerah itu bebas dan bersih daripada jenayah amat sukar dicapai.

Terdahlu, Adun Melalap, Datuk Radin Malleh ketika mengalu-alukan lawatan KPN di sini turut menegaskan bahawa peranan Polis dalam masyarakat merupakan satu perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam konteks mengawal dan menjaga keselamatan manusia serta harta benda awam.

Tegasnya lagi, beliau sedih dan kecewa apabila terdapat pihak yang cuba mengeksploitasikan karier profesionilsma Polis sehingga wujud tanggapan negatif sehingga merenggangkan hubungan Polis dan masyarakat.

Radin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah seterusnya berkata, peranan dan tugas Polis yang sebenarnya wujud semata-mata untuk menjaga kenteraman awam, keselamatan dan juga harta benda awam dan jauh sekali untuk menganiaya mahupun mengkhianati orang awam.

Secara berseloroh Radin berkata, “Kalau dulu orang Murut panggil Polis Band ini sebagai ‘bigular’ (baggular) (jadi)..kalau ada pertunjukkan Polis Band di padang semua orang datang dan mereka terhibur dengan lagu-lagu yang dimainkan mereka,” tegas Radin yang merujuk kepada persembahan Polis Band yang mengadakan persembahan pada petang itu.

Beliau seterusnya menambah, orang ramai tidak perlu takut dan menjauhkan diri daripada Polis kerana tugas Polis adalah untuk menjaga keselamatan mereka malah Polis berniat mahu menjadikan masyarakat sebagai rakat karib mereka dalam menjaga ketenteraman, keselamatan dan kestabilan negara ini.

No comments:

Post a Comment