Thursday 28 October 2010

YONG YAKIN PELUANG SAPP CERAH



YAKIN….Yong sedang memperhebatkan kempen di Batu Sapi terutama di Karamunting, kawasan majoriti Cina kerana yakin boleh menang merampas kerusi parlimen Batu Sapi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Jurufoto : JUN PACIFICO

PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata, SAPP mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kerusi Parlimen Batu Sapi pada pilihanraya kecil ini daripada Barisan Nasional (BN) ekoran sokongan masyarakat Cina dan termasuk pengundi Melayu yang telah menyebelahi SAPP dan menolak Parti KeAdilan Rakyat (PKR).

Semasa kempen pertamanya di beberapa daerah mengundi di DUN Karamunting, Yong telah dikerumuni oleh lapisan masyarakat kerana para pengundi Batu Sapi mahu parti tempatan seperti SAPP menjadi parti pembangkang yang terkuat dan lantang menyuarakan permasalahan rakyat Sabah.

Semasa berucap di majlis ceramahnya di Kampung Air semalam, Yong telah berjanji sekiranya beliau diberi peluang untuk menjadi Ahli Parlimen Batu Sapi, beliau akan membantu menyuarakan apa saja kehendak rakyat di kawasan itu.

“Walaupun kita hanya pembangkang tapi tugas saya adalah untuk menyampaikan hasrat rakyat kepada kerajaan, di samping itu saya juga akan menyalurkan segala maklumat kepada rakyat akan kejalangan parti pemerintah” ujarnya.

Menurut Pegawai Perhubungan SAPP kawasan Karamunting, Haji Jaafar Hj Juana, hanya dua parti saja yang bertanding di kawasan Batu Sapi mempunyai saingan sengit antaranya SAPP dan BN, tetapi parti PKR akan kelihangan wang deposit kerana mereka tidak kenal siapa itu Ansari Abdullah, kecuali kalau Tamrin Hj Jaini menjadi calon di kawasan tersebut, barulah ada lawan tiga penjuru.

Apapun kata Jaafar, “Kita kena bekerja keras untuk mempastikan calon SAPP dapat merampas kerusi parlimen Batu Sapi daripada BN.”

Kalaupun PKR menangpun, kata Jaafar, apa yang dia boleh buat? Rakyat Sabah akan menolak mentah-mentah parti daripada Semenanjung kerana kalau mereka sokong PKR, sama juga ertinya mereka menyokong UMNO.

No comments:

Post a Comment