Monday 25 October 2010

PUSAT KARAOKE HARAM DI KUALA PENYU?



UBAHSUAI….Gambar ini diambil pada 22 Oktober 2010 menunjukkan premis tersebut masih dalam pengubahsuaian.

Saudara Pengarang,

SEBAGAI rakayat Sabah yang berasal daripada Kuala Penyu, saya ingin memajukan soalan kepada Majilis Daerah atau Pegawai Daerah Kuala Penyu bagaimana boleh meluluskan lesen untuk perniagaan Pusat Hiburan Karaoke di lot gerai yang dikhaskan untuk peniaga-peniaga runcit?

Lot Gerai itu dikhaskan untuk perniagaan runcit dengan bayaran sewa sebanyak RM180.00 sebulan yang di bayar terus kepada pihak pengurusan daerah.

Dengan meluluskan lesen perniagaan di gerai tersebut, ia telah menutup peluang kepada penduduk di Kuala penyu yang berkehendakkan lot gerai untuk melakukan jualan runcit mereka.

Sepatutnya, jika pihak Majlis Daerah hendak meluluskan lesen hiburan tersebut, ia hendaklah berada di kawasan lot kedai yang betul.

Di harap pihak berkuasa tempatan dapat menyiasat perkara ini!

Salam Hormat,

FRANKTTE

No comments:

Post a Comment