Friday 29 October 2010

MAMPUKAH NAHALAN BERI 100 UNDI KEPADA SAPP?



Saudara Pengarang,

TAHNIAH kepada Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) kerana menjadikan partinya sebagai ‘Parti Kitar Semula’ yang memungut semua sampah sarap daripada segala parti di Sabah, termasuk Mantan Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Datuk Nahalan Haji Damsal.

Sebagai ‘ikan buruk kepala’ Nahalan telah disingkirkan semua AJK Cabang PKR Batu Sapi yang hampir kesemuanya bertindak meletakkan jawatan sebagai memprotes pemilihan beliau yang ketika itu tidak layak bertanding dan memegang jawatan; namun PKR Pusat enggan menerima perletakan jawatan mereka dan Nahalan terus menjadi duri dalam daging PKR sehinggalah gagal dalam pemilihan baru-baru ini.

Suatu ketika dahulu, apabila beliau tidak terpilih sebagai calon UMNO, Nahalan menyertai PKR dengan menjual air liur kononnya beliau ramai penyokong; walhal ketika dalam PKR, hampir kesemua AJKnya meletakkan jawatan.

Nahalan yang menggelarkan dirinya ‘rakan rapat’ Anwar dan kononnya sering menelefon Anwar bahawa beliau dijanjikan sebagai Calon Parlimen Batu Sapi; namun apabila mendapat tahu Anwar akan meletakkan Ansari Abdullah sebagai calon, beliau berhijrah ke SAPP dengan harapan dicalonkan untuk menentang calon PKR.

Namun apabila Yong sendiri yang menjadi calon, maka hasrat melambung Nahalan hancur berkecai, sekecewa Tamrin yang telah 120 % mendakwa dia menjadi calon PKR setelah melakukan pelbagai pemboikotan dan penipuan.

Dalam keterlanjuran dan penyesalan yang amat sangat, ke manakah Nahalan akan pergi? Mampukah beliau mendapat 100 undi bumiputera Islam daripada 1,000 yang beliau janjikan atau beliau sendiri tidak mengundi SAPP!

Semoga beliau sudah insaf dan tidak lagi mengamalkan Ajaran Qadiani yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semoga beliau ‘dikitar semula dengan baik’ agar tidak sering menukar parti yang sinonim dengan beliau selama ini.

Salam Hormat,

DATU INDAL DATU KANDAL

No comments:

Post a Comment