Friday 29 October 2010

DASAR ‘EXIT POLICY’ MARA YANG TELUS



Oleh: HASNI BINTI SULEIMAN

MERUJUK kepada laporan berita bertajuk ‘MARA PILIH KASIH ATAU BUDAYAKAN RASUAH?’ yang disiarkan Sabahkini.net pada 25 Oktober 2010 berhubung lot ruang niaga MARA di Wisma Merdeka.

Pembelian 18 lot kedai di Wisma Merdeka dibuat MARA pada 2002 dalam usaha penyediaan ruang perniagaan kepada usahawan berkelayakan. Menepati dengan hasrat dan agenda pembangunan usahawan, maka penetapan harga sewaan adalah sedikit rendah berbanding harga pasaran.

Dasar penyewaan (exit Policy) sedia ada adalah ditetapkan bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun (dasar 3 + 3 + 3 +1) tertakluk kepada perlanjutan tempoh diberikan bagi setiap tiga tahun kepada penyewa yang mempunyai rekod pembayaran yang baik. Dalam konteks ini, penyewa yang dimaksudkan tidak mempunyai masalah bayaran balik dan masih mematuhi tempoh exit policy selain tidak pernah diberikan notis pengosongan oleh MARA.

Sehubungan itu, pihak MARA dalam proses mengkaji semula kadar sewa yang dikenakan di semua premis perniagaan MARA agar selaras denga kadar pasaran dan hal ini tidak dikecualikan kepada penyewa premis perniagaan akan diteruskan bagi menampung keperluan semasa.


(Nota: Hasni ialah Pengarah Hal Ehwal Korporat MARA.)


(Sila Klik Imej untuk bacaan yang jelas)

No comments:

Post a Comment