Saturday 30 October 2010

ANSARI JATUH KE LAUT LAGI!



BARU dua hari selepas jatuh ke laut, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Haji Ansari Abdullah tergelincir lagi ke laut selepas jambatan kayu menuju ke sebuah perkampungan nelayan runtuh pada Jumaat.

Kejadian berlaku pada 3.45 petang ketika Ansari dan rombongan kempennya, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Kampung Gas.

"Kejadian berlaku sejurus selepas Tan Sri Khalid (Ibrahim) melepasi jambatan itu menghala ke sebuah rumah yang dibina di pesisir pantai.

"Beliau bergayut pada sebuah papan bila lima pekerja kempen cuba mengangkatnya. Bagaimanapun, mereka semua jatuh ke laut, kata Jumin Jeffrey Masuling, pengurus media pilihan raya PKR.

Jumin, yang juga setiausaha cabang PKR Tuaran itu berkata Ansari, pengerusi cabang PKR Tuaran, diselamatkan oleh penduduk kampung.

"Beliau mengalami cedera ringan di lutut dan dada dan dihantar ke Hospital Sandakan," katanya.

Selepas rawatan, beliau meneruskan kempen.

Pada Rabu, Ansari dan pengurus kempennya Oting Enchi dan seorang wartawan NTV7 jatuh ke laut selepas titi kayu di sebuah kampung berhampiran Pulau Api Api runtuh.

No comments:

Post a Comment