Friday 24 September 2010

RUBIN BALANG ANTI-SEJARAH?



Oleh: GONOD SUNDA

UMUM memahami sedalam-dalamnya bahawa apa juga yang dihasratkan Pengerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Rubin Balang untuk melakukan penambahbaikan terhadap bangunan warisan bersejarah ‘Atkinson Clock Tower’s’ yang berusia kira-kira 105 tahun; memang banyak kebaikannya sama ada dari segi aspek pendidikan, mahupun tarikan pelancong asing.

Tetapi ramai kesal jika ia dibuat dengan agenda tersirat, bak kata pepatah Tenom, ‘Ada udang di sebalik mi’ menunjukkan seolah-olah Rubin anti-sejarah.

Rubin dengan berani berkata, bahawa kononnya hasratnya itu telah mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri Negeri Sabah, malah Kabinet sudahpun meluluskannya.

Anehnya, satu persatu daripada jemaah Menteri menafikannya termasuk Pengarah Muzium Sabah, Datuk Joseph Pounis Guntavid yang bertanggung jawab terhadap penjagaan khazanah Warisan Sejarah negeri Sabah.

Persoalannya, apakah Rubin yang pernah menganggotai beberapa bulan sebagai salah seorang jemaah Menteri (kemudiannya digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Yahya Hussin selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah) sudah mendapat kepastian bahawa sesuatu Enakmen yang diluluskan TYT boleh dicabuli dengan sewenang-wenangnya tanpa dirujuk semula ke Dewan Undangan Negeri untuk dibahas dan seterusnya diserahkan kepada TYT untuk perkenan beliau.

Kenyataan Rubin yang seolah-olah mendabik dada kononnya pernah menganggotai Kabinet Negeri seakan-akan memperlihatkan keangkuhannya yang mungkin beliau anggap dirinya sebagai ‘pemimpin jagoan serba tahu’ dalam serba-serbi pengurusan, tetapi apa yang sebenarnya ialah ‘menjadi bahan ketawa’ semua pihak.

Rubin tidak seharusnya membenarkan LPPB, sebuah agensi kerajaan bergabung tenaga dengan sebuah syarikat swasta tanpa mengambil kesedaran positif langkah langkah yang diperturunkan oleh kerajaan dari aspek penjagaan khazanah warisan bersejarah milik negeri ini lantas menidakkannya.

Walaupun pada alasannya bahawa ‘Heritage Atkinson’ bukan dipindah atau diubahsuai rupabentuknya namun keasliannya sudah pastilah akan berubah bentuk selain kesan- kesan sampingan seperti tebingan bukit akan menjadi rosak yang mencetuskan hakisan.

Penentangan itu dapat dibuktikan apabila kerajaan menolak hasrat pemaju yang akan membina 16 tingkat bangunan di situ melalui teks menterinya, Datuk Masidi Manjun seperti berikut:-

“We want to see an end to this project and the State Government must intervene to save the hillside of the 105 year old Atkinson Clock Tower.”

No comments:

Post a Comment