Tuesday 24 August 2010

SULTAN SELANGOR MELAWAT SEMPORNA



Oleh: ARSHAD HUSSIN

MESRA ….Sultan Sharafuddin (kiri) berbual mesra dengan Datuk Haji Nasir sebelum keberangkatan balik ke Kuala Lumpur.

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan berangkat ke majlis santapan berbuka puasa bersama warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Semporna kelmarin.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Anggota Parlimen Semporna, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Selepas berbuka, baginda yang juga merupakan Kapten Yang Dipertua TLDM, kemudian bersama warga KD Sri Semporna menunaikan solat Isyak dan solat tarawih di surau Uthman Ibnu Affan di dalam pangkalan itu.

Turut dijemput menyertai Sultan Selangor dan warga KD Sri Semporna berbuka ialah pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk ketua-ketua kampung dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dan ketua-ketua jabatan kerajaan di Semporna.

No comments:

Post a Comment