Saturday 28 August 2010

REPLIKA KEZALIMAN YAHUDI DI LEMBAGA PADI



Saudara Pengarang,

SAYA dimaklumkan Irwan Muhd Ali, yang menyebut bahawa notis telah dikeluarkan untuk mengosong dan memulakan kerja pembongkaran struktur dan bangunan di Kg. Lembaga Padi dalam tempoh 21 hari amat mengejutkan! Saya yakin maklumat ini benar berdasarkan beberapa info yang disiarkan dalam akhbar tempatan beberapa bulan lalu.

Kg Lembaga Padi merupakan sebuah perkampungan pribumi yang sebahagian besar penduduknya beragama Islam dan telah mendiami kawasan pinggir bandar ini selama lebih tiga dekad lamanya.

Di kampung ini juga, kita boleh menyaksikan bagaimana kesungguhan penduduknya mengimarahkan surau dengan kegiatan keagamaan yang banyak memberi kesedaran Islam di kalangan anggota masyarakatnya.

Kg Lembaga Padi bukan sebuah kelab malam, bukan tempat pelacuran atau pusat karaoke yang dikategorikan sebagai kampung haram oleh Kerajaan UMNO/BN Sabah!

UMNO/BN jangan pandai-pandai untuk haramkan sebuah perkampungan dan kemudian halalkan pusat-pusat maksiat yang jelas haramnya sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Quran.

Roboh dan hancurnya Kg. Lembaga Padi kelak, hanya mengesahkan sikap munafik dan hipokrit wakil rakyat kawasan tersebut yang melaungkan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sejarah hitam ini juga bakal menggambarkan replika kezaliman Yahudi yang meroboh dan merampas rumah milik orang-orang di Palestine bakal dipentaskan di Negeri Sabah.

Berbuih-buih mulut pemimpin UMNO konon mahu memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Islam. Bila kampung diroboh untuk memberi laluan kepada projek milik kroni dan macai UMNO, maka hati dan mata menjadi buta sehingga tidak terdetik rasa belas mereka terhadap bangsa sendiri yang menghadapi musibah perobohan rumah dan struktur bangunan yang mereka didirikan atas keringat mereka sendiri!

Saya menyeru kepada masyarakat Kg. Lembaga Padi supaya bermunajat kepada Allah, sama ada melalui solat hajat atau seumpamanya semoga cita-cita jahat para kroni UMNO/BN mahu menghalau mereka dari kampung halaman mereka tidak akan kesampaian.

Salam Hormat dan berharap agar kenyataan saya disiarkan di Sabahkini.net.

IBNU HAMZAH

No comments:

Post a Comment