Sunday 29 August 2010

PUASA TIDAK HALANG JAMAWI BERBAKTI




KENANGAN….Jamawi bergambar bersama para ibu tunggal dan anak yatim di perkarangan pejabat Pemuda Umno Tenom.

Oleh : NUR NATASHA FAUZI

SEMPENA Ramadhan, bulan mulia yang penuh ibadah bagi semua umat Islam, namun mereka yang kurang upaya tidak dilupakan, malah diberi layanan yang serupa agar Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelang memberi makna kepada mereka.

Ungkapan itulah yang lahir dari hati nurani Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat ketika menyampaikan sumbangan kepada 61 orang ibu tunggal, dua orang anak yatim dan dua orang saudara baru di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, pada ahad.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tenom dipenuhi dengan acara lawatan dan gotong-royong di surau-surau di seluruh kawasan secara berperingkat-peringkat yang disertai oleh semua ahli Pemuda UMNO.

Dalam pada itu, Jamawi yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luarbandar dan Wilayah, sebelum ini telah mengadakan lawatan ke rumah salah seorang penduduk Kg Paguokon, Piri Pilangan, yang atap rumahnya telah diterbangkan oleh angin ribut baru-baru ini.

Beliau berjanji akan membantu keluarga Piri untuk memperolehi peralatan rumah yang diperlukan untuk membaikpulih atap rumahnya yang telah diterbangkan angin ribut itu.

No comments:

Post a Comment