Friday 20 August 2010

PATI JUAL DVD LUCAH BERLELUASA DI TENOM




Saudara Pengarang,

WALAUPUN kita akan menyambut ulang tahun ke 47 Sabah sebagai salah satu komponen dalam Malaysia, keselamatan rakyat Sabah sebagaimana yang dijamin Perlembagaan Malaysia masih diragui, terutama kemunculan ramai warga asing di Tenom yang semakin memimbangkan.

Untuk makluman pembaca Sabahkini.net dan Kerajaan Persekutuan, sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah menyewa bilik di Hotel Orchid, Tenom dan menjual DVD lucah dan haram dari pagi sehingga ke petang tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa.

Kami percayai mereka dilindungi oleh pihak berkuasa termasuk Polis Tenom dan Majlis Daerah Tenom kerana setiap petang kami nampak mereka jumpa seorang inspektor polis dan pegawai penguatkuasa di sebuah pub yang agak terpencil untuk membayar wang perlindungan.

Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, maka kami bimbang remaja dan penduduk tempatan akan terlibat dengan gejala kebejatan moral akibat pengedaran VCD, DVD dan pengedaran syabu yang turut dijual secara kecil-kecil oleh PATI berkenaan.

Salam 1Malaysia,

ANTI DVD LUCAH

No comments:

Post a Comment