Monday 23 August 2010

KATA DIKOTA, WARGA EMAS GEMBIRA



Oleh: NUR NATASHA FAUZI

JANJI tetap janji, bukan janji terang bulan. Janji Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Jamawi Jaafar sudah dikota. Warga Emas yang hidup merempat di tanah tumpah darah sendiri kini sudah terbela kerana rumah yang dijanjikan sudah boleh siap dihuni.

Kepimpinan Jamawi bukan sekadar mencari publisiti, malah meruntun hati kerana sanggup mengharung kepayahan merasai penderitaan dan berkongsi kegembiraan ketika warga emas ini memasuki rumah baru mereka sendiri.

Bagaimanapun, bagi pemimpin yang kini sedang memuncak namanya di mata rakyat Tenom, Jamawi tidak lagi bimbang terkena tempias tohmahan pembangkang disebabkan janji yang diukir pada 15 Jun 2010 sudah tertunai apabila sebuah rumah selesa berdiri tegap di Kg Kalibatang Lama, Tenom.

Bagi, pasangan warga emas ini, Ampakat Angindul, 90, dan isterinya Sinang Pasisan, 87, kini merasa lega apabila rumah yang dijanjikan oleh Jamawi telah tertunai hasil kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Tenom dengan Pusat Giat Mara Tenom.

“Koson ra ahinupi yak. pus pus kon om hino noh langkau bahuon tu. (ertinya, kami seolah-olah bermimpi dengan secara tiba-tiba dapat rumah baru),” kata Ampakat yang terlalu gembira walaupun sebelum ini ramai pihak yang berjanji, namun Jamawai yang menunaikannya.

Menurut Jamawi, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengusahakan rumah tersebut sehingga mencapai hasilnya kerana beliau merasa terkilan dan tersentuh perasaan dengan keadaan kedaifan sepasang warga emas itu yang terlantar di sebuah pondok usang terletak di pinggir sungai Padas sejak berpuluh tahun lalu.

Tegasnya lagi, beliau bersyukur kerana segala galanya dapat berjalan lancar mengikut perancangan awal. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Kalibatang Lama, khususnya Pergerakan Pemuda UMNO di situ dan juga Pusat Giat Mara kerana bertungkus lumus untuk menjayakan misi kemanusiaan itu.

No comments:

Post a Comment