Friday 27 August 2010

CHONG AKAN TERUS KHIDMAT WALAU DIPECAT?


POTONG... "Haiya, dia mau potong, potong lo, wa tatak helan. wa muli cali makan sindili lo.."

Oleh: SURIATI MAHMUD

KETUA Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Silam, Chong Su Vun yang diberi cuti (dipecat) selama dua tahun oleh Ahli Parlimen Kontroversi, Salleh Kalbi, berjanji akan terus memberi khidmat kepada penduduk Lahad Datu sekalipun tidak lagi memegang jawatan berkenaan mulai 19 Ogos 2010.

“Saya diberi cuti, saya cutilah. Inilah masa paling berharga saya dan amat bermakna kerana dapat meluangkan masa bersama anak-anak sejak kematian isteri saya dua tahun lalu,” ujar Chong yang menyifatkan tindakan Salleh memecatnya tidak memberi sebarang kesan terhadap kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi LDP Silam dan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Walaupun dipecat, kata Chong, hubungan beliau dengan Salleh tetap baik sekalipun agak hambar kerana terus menerima desakan daripada Ketua Cawangan UMNO Silam dan para pengundi Tiong Hua untuk bertindak balas terhadap Salleh.

“Jawatan Ketua Perhubungan itu hanyalah jawatan sementara. Saya bukan hidup dengan gaji RM1,500 (sebelum ini RM800) kerana saya belanja lebih RM20,000 sebulan untuk menjaga politik Salleh,” ujar Chong yang menyifatkan Salleh sebagai rakan politik terbaik sebelum dihasut pihak tertentu untuk melemahkan UMNO Silam.

Kata Chong, usahanya untuk menjadikan Salleh sebagai Pengerusi BN Silam hampir tercapai namun kesilapan Salleh yang enggan mendengar pandangannya agar jangan menghadiri acara SAPP menyebabkan semua yang direncanakan selama ini hancur berkecai.

Sebagai ahli Parti Komponen BN, beliau patuh kepada perlantikan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur sebagai Pengerusi BN Silam, sekalipun selama ini beliau dan majoriti Komponen BN Silam condong kepada Salleh.

Menurut Chong, beliau menolak apa juga tohmahan yang ditujukan kepada beliau termasuk berpakat dengan pembangkang untuk menjatuhkan Salleh kerana selama ini beliau telah mengembalikan Salleh ke landasan politik sebenar setelah dimusnahkan oleh keluarganya sendiri dengan bersetuju menjadi Ketua Pegawai Perhubungan.

“Saya serahkan isu pemecatan ini kepada Pengerusi BN Silam kerana kita perlu membuat keputusan secara konsensus mengenai apa juga isu yang melibatkan BN di Silam dan pucuk pimpinan LDP untuk memberikan respon mereka sendiri,” ujar Chong yang belum terfikir untuk menyaman Salleh di atas pemecatan secara tidak sah berkenaan.

Kata Chong, beliau belum pernah mendengar Ketua Pegawai Perhubungan diberi cuti atau diarah bercuti melainkan jika terlibat sebarang prosiding mahkamah dan menasihati Salleh agar tidak mengambil sikap, ‘Pancung dahulu baru bicara’.

Namun, beliau tetap akur dengan kehendak Salleh agar tidak dapat bertugas di Pejabat Ahli Parlimen Silam selaras dengan kesibukannya untuk memperkemaskan jentera LDP bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Ketika ditanya berhubung pandangan sinis Timbalan Pengerusi LDP Sabah, Datuk Chen Su Phin yang bertelagah dengan Pengerusi BN Sabah, Chong mengatakan bahawa itu masalah peribadi mereka dan LDP Silam berkecuali kerana menghormati dua tokoh berkenaan.

No comments:

Post a Comment