Friday 27 August 2010

BEKAS BANDUAN TERIMA SUMBANGAN



SUMBANGAN……Salah seorang bekas banduan telah menerima sumbangan yang sampaikan oleh Onasis.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEMPENA Majlis Berbuka Puasa di bulan Ramadan Al-mubarrak yang penuh berkat ini, seramai 30 orang bekas banduan bebas sepenuhnya masing-masing telah menerima sumbangan berupa makanan daripada Pejabat Parol Daerah Sandakan malam kelmarin.

Majlis Berbuka Puasa dan upacara penyampaian bantuan tersebut yang diadakan di perkarangan pejabat berkenaan telah disempurnakan oleh KIP Onasis Abd Husin Timbalan Pengarah Parol Negeri dan dihadiri lebih 100 orang yang membabitkan ketua-ketua masyarakat.

Dalam ucapan ringkasnya beliau menjelaskan sesungguhnya antara matlamat majlis ini diadakan ialah untuk memberi sedikit sebanyak gambaran atau pendedahan kepada masyarakat umum akan peranan dan fungsi Bahagian Parol Jabatan Penjara Malaysia.

“Selama ini saya percaya ramai di kalangan masyarakat umum dewasa ini, tidak dapat dinafikan akan kewujudan Jabatan ini sebagai salah satu Institusi Pemulihan kepada masyarakat yang terpesong akidahnya, serta melengkapi sistem keadilan jenayah di negara ini” ujarnya.

Katanya sistem parol yang baru diperkenalkan di negara ini sejak mula pada tahun 2008 di negeri Sabah sahaja seramai 212 OPD telah menjalani Perintah.

Bagi warganegara luar, di sana jelas Onasis, “majlis sebegini mungkin sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, tetapi kepada kami dan OPD ia merupakan satu keberuntungan kerana bukan mudah untuk melihat masyarakat memberi bantuan dan kepercayaan kepada mereka yang pernah menghuni tembok besi seperti kalangan OPD.”

Dalam hubungan ini. Kata Onasis, beliau merayu ehsan masyarakat sekeliling agar tidak terlalu memandang rendah dan serong kepada golongan bekas banduan, namun sebaliknya harus memberikan semangat dan sokongan agar golongan ini tidak kembali terjerumus ke alam jenayah dan sebagainya

Lagipun kerana mereka sudah menjalani hukuman yang setimpal dan selama mereka berada dalam penjara, sudahpun menerima pelbagai pelajaran dan pendidikan akhlak yang semporna. Bila mereka keluar, mereka akan memulakan pengidupan baru di masa akan datang.

Sebanyak 30 bungkus bantuan berupa makanan tersebut adalah sumbangan daripada Gro-Warisan Sdn Bhd .

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Penjara Sandakan Mat Johir Asin @Hashim, Pegawai Parol Daerah Sandakan Zainuddin Awang Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Growarisan, Yeo Eng Lai

No comments:

Post a Comment