Saturday 28 August 2010

AL-QUR’AN PERKASA KESATUAN UMMAH




MESRA...Datuk Nasir (duduk dua kiri) berbual mesra dengan Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam (dua kanan) sempena perasmian majlis Tilawah Dunia Melayu Dunia Islam di masjid Sayyidina Ali Bukit Katil, Melaka.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

AL-QUR’AN menjadi tunjang didalam memperkasa dan memantapkan kesatuan dan perpaduan ummah.Justeru tema Majlis Tilawah Al-Qur’an Dunia Melayu Dunia Islam(DMDI) oeringkat Antarabangsa 1431H/2010M.

“Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah,” membawa pengertian yang amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kemasyarakatan dan merupakan satu aspek persaudaraan sesama masyarakat yang menjadi asas utama dalam pembentukan ummah.

Ukhwah yang terjalin di antara umat Islam dapat diibaratkan sebuah binaan yang kukuh yang setiap bahagian dari aspek tiang, lantai, dinding, bumbung dan peralatan lain yang akan digunakan bagi mendirikannya teramat penting yang akan saling melengkapi antara satu sama lain.

Al-Qur’an dan As-Sunnah pula adalah merupakan satu petunjuk yang amat jelas dan sangat praktikal diamalkan bagi memelihara ukhwah di kalangan umat Islam umumnya kepada manusia sejagat.

Jestru itu, sebagai umat Islam wajib menjadikan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai panduan bagi mencorak cara hidup yang lebih sempurna secara menyeluruh dan berusaha bagi merapatkan lagi ikatan ukhwah sesama saudara bagi mewujudkan kesejahteraan hidup dan suasana yang harmoni di kalangan anggota masyarakat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd. Ali Mohd. Rustam, berkata objektif utama Majlis Tilawah DMDI peringkat Antarabangsa itu selaras dengan temanya bertujuan untuk merealisasikan komitmen yang tinggi terhadap DMDI bagi memperkasa kesatuan dan perpaduan ummah khususnya di kalangan 300 juta umat Melayu Islam dan umumnya 1.8 billion umat Islam di seluruh dunia.

Beliau yang juga Presiden Dunia Melayu Dunia Islam, menjelaskan majlis itu juga bertujuan menyuburkan budaya membaca dan menghayati Al-Qur’an seterusnya bagi meningkatkan lagi Dakwah Islamiyah di Negara-negara anggota DMDI.

“Majlis Tilawah ini merupakan satu wadah yang mampu melonjakkan lagi imej Melaka yang pernah menjadi Pusat Penyebaran Islam di Asia Tenggara dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang progresif masa kini,” kata Mohd. Ali Rustam.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan majis Tilawah Dunia Melayu Dunia Islam(DMDI) di masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.

Hadirsama sempena majlis itu Wakil Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran; Naib Pengerusi DMDI, Datuk Dr.Hj Mohd Jamil Mukmin; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Haji Amri Suratman serta kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Majlis Tilawah selama selama tiga hari bermula hari ini 27-29 Ogos 2010 disertai 16 buah Negara/negeri termasuk dari China, Singapura, Thailand, Filipina(Mindanau), Afrika Selatan, Riau, Kepulauan Riau, Kepulauan Bangka Belitung, Acheh, Perlis, Terengganu, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Negeri Sabah diwakili pemenang kedua qari dan qariah MTQ Peringkat Negeri Sabah 1431H/2010, Mohammad Raffie Ghalil Abas dan Nur Faten Izzati Rablin.

No comments:

Post a Comment