Saturday 21 August 2010

600 UNIT LAP TOP UNTUK SANDAKAN



SEMANGAT….CDO (berkacamata) bergambar bersama-sama murid/ibubapa yang bakal mendapat Lap-Top masa terdekat ini.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

PEJABAT Ahli Parlimen Sandakan masih mencari 400 murid-murid sekolah rendah yang layak untuk mendapat sebuah Lap-Top yang dilengkapkan dengan broadband kerana sehingga kini mereka berjaya mendaftar 200 orang murid daripada sasaran asal 600 murid.

Menurut makumat daripada pejabat Ahli Parlimen Sandakan, hanya ibubapa yang berpendapatan tidak kurang daripada RM800.00 sebulan sahaja yang layak menerima bantuan tersebut.

Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura, Muhamed Hj Utung yang ditugaskan oleh pejabat Ahli Parlimen tersebut untuk mencari seramai 600 orang murid yang layak, namun sambutan kurang menggalakan kerana hanya 200 orang saja yang telah mendaftar diri setakat ini.

“Saya amat mengalu-alukan mereka datang untuk mendaftar nama anak-anak mereka bagi mendapatkan komputer dan pendaftaran masih lagi berjalan sehingga hari ahad ini di Blok 57 Tingkat Bawah, Taman Mesra,” kata Muhamed lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk menyetai program ini, kata Muhamed, hendaklah memastikan membawa kad pengenalan suami isteri, surat kelahiran anak-anak mereka untuk melicinkan kerja-kerja pendaftaran

“Jika rakyat tidak mengambil peluang yang sediakan oleh kerajaan seperti Lap-Top 1Malaysia ini, maka mereka sendiri akan rugi kerana terketinggalan daripada perkembangan dunia IT,” ujar Muhamed lagi.

No comments:

Post a Comment