Saturday 24 July 2010

SEDIAKAN IKLIM PELANCONGAN TERBAIK




BINCANG...Datuk Nasir (kiri) berbincang mesra dengan David Sie (tiga kanan) sambil diperhatikan oleh Robert Lo (dua kanan) dan Peter Long (kanan) sempena kunjungan itu di pejabat MJKM, Wisma Innoprise, Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Oleh: ARSHAD HUSSIN

MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran telah menerima kunjungan hormat rombongan Kumpulan Pengusaha Pelancongan Daerah Semporna di pejabatnya di Wisma Innoprise, Jalan Sulaman.

Rombongan enam orang dari empat buah penguasa pelancongan itu diketuai Pengerusi/Pengarah Urusan DS Group, David Sie; Pengarah Urusan Sipadan Mabul Resort(SMART), Robert Lo; Pengarah Urusan Seaventures Tours & Travel Sdn.Bhd, Suzette Harris; Pemilik pusat pelancongan dari Pulau Pumpong, Peter Long dan Pengendali Jeti Pelancongan, Chin Nyuk Ting.

Sempena kunjungan itu Datuk Nasir, David Sie dan kumpulan pengusaha pelancongan itu berbincang mengenai aspek pelancongan yang sedia ada serta perkembangan pelancongan termasuk kemudahan-kemudahan pelancongan dan penambahbaikan perkhidmatan pelancongan di Daerah Semporna.

Sehubungan itu, Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang menyarankan pengusaha-pengusaha pelancongan supaya sentiasa mengambil pendekatan berbincang serta terus memberikan kerjasama yang erat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari semasa ke semasa.

Kerjasama ini kata Nasir amat penting, demi kelancaran pentadbiran kerajaan di sesuatu daerah; di samping terus meningkatkan perkhidmatan mereka dengan lebih professional untuk menarik lebih ramai pelancong luar dan dalam negara melawat negeri ini; khususnya menyaksikan sendiri keindahan dan keunikan pulau-plulau dan kawasan laut yang dimiliki negeri Sabah, khususnya di perairan Semporna yang terkenal dengan syurga dasar lautnya seperti, kawasan pulau Sipadan, pulau Mataking dan pulau Mabul.

Nasir menambah, pihaknya juga akan mengambil perhatian serta tindakan sewajarnya berhubung perkara-perkara berkaitan yang dikemukakan kumpulan penguasa pelancongan itu.

No comments:

Post a Comment